Seorang wanita warga Thailand yang menderita pe-nyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.
"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.
"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.
Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.
Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.
Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.
Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.
Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.
0 ulasan: