Abang kepada pemuda berkenaan, Mohd Saifuddin Ismail, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya pada 17 Oktober lalu dan ketika itu adiknya menyatakan hasrat untuk meminjam keretanya.
Bagaimanapun menurutnya, dua hari selepas itu iaitu ketika dia pulang daripada kursus, dia mendapati kunci keretanya masih berada di tempat sama menandakan adiknya tidak menggunakan keretanya.
“Selepas beberapa hari saya gagal menghubunginya, saya pergi lihat di rumahnya dan mendapati ia tidak berpenghuni.
“Motosikal jenis Modenas Kriss bernombor pendaftaran WAA 2775 yang sering digunakannya juga turut tiada. Saya tidak tahu di mana mahu mencarinya kerana tidak terlalu mengetahui tentang hal peribadinya,” katanya ketika pertemuan bersama Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur, Datuk Zushaari, kelmarin.
Mohd Saifuddin berkata, adiknya yang masih bujang itu bukanlah seseorang yang suka berkongsi masalah dengannya.
Katanya, dia tidak nampak kehilangan adiknya melibatkan orang lain kerana adiknya juga tiada pekerjaan tetap.
“Jika ada pun, mungkin masalah cemburu teman wanita, kerana kali terakhir dia minta pinjam kereta saya sebulan lalu, dia ada memberitahu mahu membawa teman wanitanya Tetapi, saya tidak pasti tentang itu,” katanya yang membuat laporan polis pada 29 Oktober lalu kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
Sementara itu Zulshaari berkata, Mohd Saifuddin adalah ahli Insan Prihatin yang datang mengadu kepadanya dan berharap agar ahli jemaah yang lain dapat membantu bersama mencari adiknya itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Saher, boleh hubungi Mohd Saifuddin di talian 013-2236893 atau menghubungi balai polis berhampiran.
0 ulasan: