Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Anak sembelih ibu lumpuh...!!!

Kongsi Di Pesbuk sembelih ibuSERI KEMBANGAN - Tidak tahu apa motifnya, seorang anak sanggup menyembelih ibu kandungnya yang terlantar akibat lumpuh sehingga mati sebelum cuba membunuh diri di rumah didiami mereka di Seksyen 14/2, Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam.

Kejadian itu disedari kakak suspek yang kebetulan mengunjungi rumah berkenaan sebelum mendapati ibunya sudah tidak bernyawa sementara adiknya dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, lelaki berumur 35 tahun dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan sebelum itu dikatakan masih sedar dan menyambut kehadiran kakaknya di pintu rumah selepas membunuh ibunya.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, kakak mangsa kemudian menghubungi ahli keluarga lain untuk menghantar suspek yang dalam keadaan tenat dan kritikal ke hospital sebelum menghubungi polis.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian pembunuhan ibu tua berusia 73 tahun itu daripada ahli keluarga kira-kira jam 10.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati ibu tunggal itu dikelar di bahagian leher dan mayatnya ditemui terbaring di atas tilam di ruang tamu tingkat bawah rumah teres tiga tingkat berkenaan,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod penyakit mental dan masih menerima rawatan di Hospital Serdang.

Abd Razak berkata, tiada kesan pergelutan berlaku, namun anak keenam daripada lapan beradik itu dipercayai mengelar lehernya sendiri selepas membunuh ibunya.

Jelasnya, ahli keluarga meletakkan kepercayaan kepada suspek yang tidak bekerja itu untuk menjaga ibunya.

Suspek dikatakan pernah cuba membunuh diri pada 25 September lalu, namun diselamatkan ahli keluarga.

Pisau yang digunakan untuk mengelar leher ibunya ditemui tidak jauh daripada mayat terbaring di ruang tamu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com