Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 25 November 2011

Padah tinggal anak dalam tandas...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Padah tinggal  anak dalam tandas
AYER KEROH - Seorang pekerja restoran dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, kerana sengaja meninggalkan anak perem­puannya seorang diri di dalam tandas kompleks beli-belah, awal November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, berasal dari Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Hamri Thamri Muhammad@Shaharudin. Berdasarkan pertuduhan, King Kit, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan menganiaya kanak-kanak tersebut dengan sengaja meninggalkannya seorang diri di tempat awam.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di dalam tandas lelaki tingkat satu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Merdeka kira-kira 8.48 malam pada 5 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2011 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda yang tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pen­dakwa Raya, Haslinda Abu Bakar, ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM10,000.

Hamri Thamri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 14 Disember depan tarikh sebutan semula kes bagi melantik peguam.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com