Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, kejadian petang itu melibatkan kereta Proton Saga dan Proton Wira serta sebuah motosikal.
Menurutnya, kemala-ngan berpunca daripada kenderaan yang gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Kereta Proton Wira dipandu Choo Kien Keong (32) berasal dari Taman Bukit Koman bertembung dengan Proton Saga dipandu Koh Kok Keong (34) yang dinaiki bersama isterinya, Lai Chew Peng (29) dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun serta kanak-kanak perempuan berusia setahun, Koh Xiang Xun.
“Kien Keong yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya.
Mohd Nazlan berkata, kemalangan itu juga mengakibatkan Kok Keong bersama isteri dan dua anaknya mendapat rawatan di hospital akibat cedera parah.
Katanya, beberapa jam selepas kejadian, Chew Peng dan Xiang Xun disahkan meninggal dunia di hospital.
“Kemalangan mengakibatkan tiga kematian dan dua cedera parah ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
“Sebuah motosikal ditunggang Fong Lee Feng (30) juga gagal dikawal lalu terlanggar belakang kereta yang terlibat kemalangan itu tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.
0 ulasan: