Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 20 November 2011

Amah maut ketika cuci bisul....!!!

Kongsi Di Pesbuk
Amah Maut
GEORGETOWN - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui mati tertiarap di dapur rumah majikannya di Medan Tembaga, Island Park, di sini dengan kesan luka pada kaki.

Mangsa yang dikenali sebagai Sukarti, 39, ditemui oleh majikannya yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang, kelmarin.

Polis yang bergegas ke situ dan menjalankan siasatan awal mendapati mangsa mungkin maut akibat mengalami pendarahan yang terlalu banyak pada kaki.

Mangsa juga dikatakan cuba merawat sendiri lukanya itu yang kelihatan seperti bisul dengan membasuh menggunakan air paip. Kesan darah turut ditemui pada kain yang digunakan dan juga dinding.

Mangsa yang sudah bekerja selama lapan bulan di rumah majikannya itu berasal dari Semarang, Indonesia. Sebelum ini dia pernah dihantar majikan ke klinik kerana mengadu badannya lemah. Difahamkan dia turut mempunyai penyakit kencing manis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Gan Kong Meng berkata, setakat ini polis masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa. Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dan pemeriksaan mendapati kaki pembantu rumah terbabit luka akibat terkena tangga sejak beberapa hari lalu.

“Selain itu, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah dan tiada barang mangsa yang hilang,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian ibu dan bapa majikannya yang berusia lingkungan 70-an sedang menonton televisyen dan mereka langsung tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com