Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 1 Oktober 2011

Bomoh didakwa cabul pesakit barah payudara..!!!

Kongsi Di Pesbuk 
ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret
 di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul
 seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan
 khidmat rawatan barah payudara daripadanya



KANGAR - Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.
Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.
Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com