Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 7 Disember 2012

Psy Gangnam Style Sebenarnya Bekas Banduan

Kongsi Di Pesbuk Di petik dari sebuah portal hiburan..

http://i.imgur.com/55wzn.jpg

Bukan saja populariti yang dikecapi rapper dari Korea Selatan, Psy apabila mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, sebaliknya ramai bintang ternama dari Hollywood yang mahu berkolaborasi dengannya.


Memandangkan Psy sudah disifatkan sebagai ikon muzik baru dari Korea Selatan, pelbagai kisah silam beliau muncul dan dilaporkan pihak media di seluruh negara. Terbaru, Psy yang sudah pun berumahtangga dikhabarkan adalah seorang banduan dan pernah dipenjarakan dalam tempoh yang lama atas tuduhan menghisap dadah.
Pun begitu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang melakukan kesalahan itu secara tidak sengaja kerana beliau dikatakan tidak mengetahui rokok yang dihisapnya itu mengandungi dadah terlarang.
Sementara menunggu tempoh dibebaskan dari penjara, Psy telah menggunakan masa tersebut dengan mencipta pelbagai lagu. Malah, sebaik saja dibebaskan dari penjara, Psy yang datang dari keluarga berduit terus mengatur strategi untuk bergelar bintang ternama.
Walaupun dia pernah ditolak beberap kali oleh pihak rakaman dari Korea Selatan kerana imejnya sebagai bekas banduan, Psy tidak mengalah dan berjaya membuktikan bahawa dia layak bergelar bintang.
Apapun, sebaik saja Psy memenangi anugerah di Asean Music Awards (AMA), baru-baru ini, Psy telah mengeluarkan hasrat untuk melihat Barack Obama menari Gangnam Style.
Adakah Barrack Obama bakal merealisasikan impian Psy? Tunggu dan lihat sajalah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com