Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan
khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.
Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.
Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.
Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang
ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.
Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.
Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila
seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan.
Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.
Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.
0 ulasan: