Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 7 Mac 2012

Bimbang saiz payudara kecil...!!!

Kongsi Di Pesbuk

Dr.Adilah Ahmat
Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat jawab)


SAYA remaja berusia 18 tahun. Saya risau kerana payudara saya seperti tidak membesar dengan saiz 32A. Berat badan saya ialah 47 kilogram dan tinggi 160 sentimeter. Haid pertama saya ketika berusia 12 tahun.
Malah, ada bulu halus di keliling puting dan dada saya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menambah saiz payudara dan adakah saya memiliki hormon lelaki? 
NUR,
Johor
 

SAIZ payudara wanita memang berbeza, lazimnya ia mengikut keturunan dan susuk badan. Ia tiada kaitan dengan kemampuan pengeluaran susu badan.

Berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda antara 49 hingga 63 kilogram.
Anda cuma perlu menambah sekitar lima kilogram.

Wanita juga memerlukan sedikit hormon lelaki tetapi dalam paras yang normal untuk wanita. Untuk menghentikan kebimbangan, anda boleh menjalani ujian darah hormon lelaki, namun lazimnya ia jauh lebih mahal berbanding ujian hormon lain.
Terdapat beberapa kaedah untuk menambah saiz payudara sama ada dengan ubat atau pembedahan.

Eloklah anda berbincang atau berfikir dulu apa yang anda harapkan dengan perubahan yang akan dialami serta kemungkinan kesan sampingan ubat atau pembedahan jika ia berlaku ataupun jika hasilnya tidak seperti yang diidamkan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com