Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 21 Mac 2012

Isu Video Bogel-Melia Aimelia & RotiKaya.com Berdamai...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Isu video bogel yang disyaki melibatkan pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman hiburan tempatan dipercayai akan menemui jalan penyelesaian dalam sebuah sidang media yang bakal berlangsung pada petang Jumaat ini.


Menurut sumber yang enggan dikenali, sidang media tersebut turut melibatkan persatuan tempatan dan sebuah blog yang terlibat secara langsung dalam penyiaran berita tersebut.

Difahamkan, Melia Aimiellia & pemilik blog berkenaan sudah berdamai dan sidang media berkenaan diadakan untuk mewar-warkan khabar baik berkenaan.

Beberapa minggu lepas, Melia Aimiellia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin bertindak menyaman blog yang terbabit dalam sebuah akhbar. Kemudian, sebuah akhbar tabloid menayangkan video temubual bersama penulis blog terlibat bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Kalau mengikut info yang dibaca diatas blog tersebut ialah  rotikaya.com. Kalau betul, eloklah tu. Bermaaf-maafanlah.....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com