Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 3 Mei 2012

Nayati Moodliar Ditemui Dengan Selamat..!!

Kongsi Di Pesbuk


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dijumpai di Rawang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Media melaporkan kanak-kanak lelaki warga Belanda itu dilapor hilang dipercayai diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, kira-kira pukul 7 pagi Jumaat lepas.

Nayati, yang memakai pakaian seragam sekolahnya dikatakan dilarikan oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Gen 2 berwarna hitam

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com