Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 22 Mei 2012

Robin Gibb meninggal dunia...!!!

Kongsi Di Pesbuk
WAJAH Gibb semasa jurugambar merakamkan kehadirannya pada anugerah
Goldene Kamera di Berlin, Jerman pada 5 Februari 2010.

LONDON - Penyanyi kumpulan legenda Bee Gees dari Britain, Robin Gibb yang sekian lama menderita penyakit kanser disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun kelmarin.
Pengumuman menyedihkan itu dibuat oleh keluarga Gibb menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Akhbar The Sun melaporkan, isteri kedua Gibb, Dwina dan tiga anaknya berada di sisinya semasa beliau meninggal dunia di sebuah hospital di tengah London.
Gibb sebelum ini berada dalam koma selepas menghidap pneumonia.
Beliau mati semasa menghidap kanser usus besar dan hati.
Selain Gibb, anggota Bee Gees dianggotai kembarnya, Maurice dan abang mereka, Barry, 65.
Antara lagu-lagu popular mereka termasuk How Deep Is Your LoveStayin' Alive dan Night Fever.
Anggota kumpulan Bee Gees yang masih hidup ialah abang sulungnya, Barry.
Maurice, 53, meninggal dunia pada tahun 2003 akibat kanser.
Jualan rekod mereka melebihi 200 juta unit sejak tahun 1960-an.
Adik bongsu Gibb yang bukan merupakan anggota kumpulan itu, Andy, mati pada tahun 1988 kerana ketagihan kokain.
Gibb merupakan rakan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.
Blair pernah bercuti bersama keluarganya di vila Gibb di Miami, Florida semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Gibb dianggap oleh Blair sebagai seorang rakan yang hebat dan mempunyai pemikiran terbuka, bijak dan seorang ahli muzik yang luar biasa.
"Saya akan berasa kehilangannya," kata Blair dalam satu kenyataan. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com