Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 28 Mei 2012

Ayam Daisembelih Tidak Mati...!!!


Pelik ayam yang sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.



Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

Aksi Gedik Paling Bodoh Di Dunia?


Amacam…ada tak macam aksi gedik paling bodoh kat dunia? Dah la buat benda tak berapa senonoh, lepas tu rakam dan yang terakhir muat naik ke Youtube.
Tahniah…tanda kejayaan akal yang luar biasa.
Untuk yang sudah menonton, boleh bagi pandangan sikit apa agaknya yang ada dalam pemikiran bebudak ni?

KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar...!!!

KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar

KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.
Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.
Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.
“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.
“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.
“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)

Logo Olimpik London 2012 Membentuk Ejaan ‘ZION’..

Olimpik London 2012 dijangka akan berlangsung pada 27 Julai 2012 dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2012. Sukan terbesar di dunia ini bakal disertai oleh ratusan negara berdaulat dan ribuan atlit daripada negara peserta dijangka akan berkampung di sekitar London dalam tempoh tersebut.



Logo Kontroversi Olimpik London 2012
Namun, kemeriahan sukan tersebut menjadi sedikit hambar apabila logo rasmi sukan Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan perkataan ‘ZION’. Apabila menyebut mengenai ZION, minda kita terus terarah kepada pertubuhan Zionisme yang dikelolakan oleh Yahudi Israel. Pertubuhan sekular tersebut menjadi taboo kepada kebanyakan umat Islam di dunia. Umumnya, umat Islam mengaitkan Zionisme dengan keganasan terhadap umat Islam Palestin.
Konspirasi Israel
Pendedahan berkenaan logo rasmi Olimpik London 2012 ini mula-mula diajukan oleh kerajaan Iran pada awal 2011. Kerajaan Iran mengaitkan logo tersebut dengan konspirasi sulit Israel dan Iluminati yang mana cuba ‘membasuh minda’ masyarakat dunia dengan medium sukan mega.
Tidak dinafikan logo Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan Israel. Lihatlah betapa licik dan jahatnya Yahudi Zionis dalam mencipta propaganda dan kaedah sulit untuk menghancurkan umat manusia. Memang benarlah kata-kata sesetengah pihak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang menyebabkan umat manusia sering huru-hara sehingga tidak sunyi daripada peperangan. Memang layak mereka mendapat laknat Allah swt dalam Al-Quran.

Wardina diganggu lelaki misteri

WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.
Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.
Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.
“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.
“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.
“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Konsert Lady Gaga di Indonesia dibatal...!!!


JAKARTA - Konsert Lady Gaga di Indonesia dibatalkan semalam atas sebab keselamatan selepas beberapa kumpulan Islam memberi amaran akan menghuru-harakan keadaan jika bintang pop tersebut memasuki negara Islam berkenaan.
"Keputusan ini dibuat pihak pengurusan Lady Gaga pada saat-saat akhir," kata Minola Sebayang yang merupakan peguam untuk promoter konsert tersebut di Indonesia, Big Daddy.
"Kami membuat keputusan ini selepas mengambil beberapa faktor lain termasuk keselamatan peminat yang akan menonton persembahan Lady Gaga," tambahnya.
PENUNJUK perasaan berarak memprotes konsert Lady Gaga di Jakarta pada Jumaat lalu
Pada awal bulan ini, polis Jakarta enggan meluluskan permit konsert Lady Gaga selepas Barisan Pembela Islam mengancam keganasan akan berlaku jika konsert Lady Gaga diadakan di sini.
Terdahulu, promoter tersebut memberitahu, satu persetujuan diusahakan dengan pihak berkuasa supaya penyanyi lagu Poker Face itu tidak beraksi terlalu seksi ketika beraksi di pentas.
Namun, pihak pengurusan Lady Gaga, 26, atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta enggan melayan permintaan tersebut.
Mengulas keputusan tersebut, Presiden Bid Daddy, Michael Rusli berkata, beliau kesal kerana konsert Lady Gaga yang dijadualkan pada 3 Jun depan di sini terpaksa dibatalkan.
"Sejak beberapa hari lalu, kami berbincang dengan pemerintah dan pihak Lady Gaga. Pembatalan ini sebenarnya tiada kaitan dengan isu permit kerana konsert ini telah diluluskan," kata Rusli.
"Pembatalan ini sebenarnya atas sebab ancaman keselamatan," tambahnya.
Lebih 50,000 tiket telah dijual untuk acara tersebut yang merupakan sebahagian konsert jelajah Born This Way Ball.
Sebelum ini, konsert Lady Gaga berdepan bantahan daripada beberapa kumpulan Kristian di Filipina dan Korea Selatan kerana dianggap tidak bermoral.
Lady Gaga akan mengadakan tiga buah konsert di Singapura pada minggu ini.
Dia dijadual mengadakan persembahan berikutnya di sini sebelum berlepas ke New Zealand dan Australia dan seterusnya Eropah. 

Tabung Ahmad Sufi : Bantuan kita diperlukan mereka ..

Tolong war warkan..Terima Kasih..




Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI

Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.
Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR.
Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana. 
BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201
Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305



Ahad, 27 Mei 2012

Kris Dayanti Mengandung Lagi…Malas Dah Nak Berhias, Katanya...!!!

BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya. Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya.

BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi.
Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki.
“Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai.
“Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya.

Tablet keluaran Malaysia 1Malaysia Pad dipasarkan...!!!


Wow.. Malaysia keluarkan tablet! Syarikat MalTechPro Sdn Bhd memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.


Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger. 

Saksikan lagi gambar-gambar  '1Malaysia Pad'di bawah ini...


Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.


"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. 

3 beradik lelaki mempunyai buah dada menjalani kehidupan normal setelah di bedah...!!!

Adik beradik yang dibuli dan dipukul kerana mempunyai buah dada kini menjalani kehidupan yang normal selepas pakar bedah membuang Buah dada mereka. Mereka ini Lelaki tetapi mempunyai tumbesaran buah dada yang mantap seperti seorang gadis.






3 beradik dari Republik Dominican yang mengalami perkembangan payudara akibat gangguan genetik yang jarang berlaku kini 'hidup dengan kehidupan yang normal' selepas di jalani pembedahan.




Yeuri, 17, memberitahu TV tempatan: 'Ia menyakitkan tetapi sekarang ini saya rasa gembira. Sekarang mereka tidak boleh mentertawakan kita lagi. '

Selepas pembedahan, keadaan yang dipanggil gynecomastia yang memberi kesan kepada lelaki yang mempunyai ketidakseimbangan hormon, Dr Elbi Morla memberitahu: Pada hakikatnya, ini adalah saat yang penting dalam evolusi mereka.

Dan Felipe bersyukur menambah: 'Mereka kini lelaki biasa. Saya tidak pernah mempunyai harapan bahawa ini akan berlaku'.

'Saya tidak pernah mempunyai wang untuk melakukan pembedahan ini. Saya amat berterima kasih kepada media untuk membantu. '

Doktor berkata mereka kini akan memantau kanak-kanak lelaki dan memberikan mereka ubat untuk menyekat hormon wanita yang mereka telah menghasilkan.

Dan mereka mendedahkan bahawa, yang memberi kesan kepada kanak-kanak lelaki dari bandar selatan luar bandar Magueyal tersebut, adalah genetik.




Credit

Scarlett trauma kerana gambar bogel...!!!

SCARLETT JOHANSSON

BINTANG filem The Avengers, Scarlett Johansson sedang melalui detik-detik trauma berikutan gambar bogelnya tersebar di Internet.
Menurut pemegang watak Black Widow dalam filem tersebut, dia kini berasa malu apabila berdepan tempat umum terutama terhadap individu yang melihat gambarnya.
"Setiap kali keluar untuk makan malam, pasti saya akan terfikir orang-orang di sekitar saya pernah melihat gambar tersebut. Ia sangat mengaibkan.
"Biarpun mereka mungkin tidak pernah tengok atau memikirkan mengenainya, namun saya tetap dengan perasaan trauma tersebut," ujarnya.
Gambar tersebut tersebar sejak setahun lalu apabila telefon bimbitnya yang mengandungi gambar-gambar peribadi telah dicuri.
Namun, ketakutan Scarlett terhadap kejadian memalukan itu masih tidak dapat dibendung.
Lihat gambar disini dan sini.

Aishwarya Rai tidak kisah badan gemuk...!!!

AISHWARYA RAI bergaya di depan kamera pada Festival Filem Cannes di Perancis kelmarin.

CANNES, Perancis - Tidak seperti selebriti lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan, aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang.
Heroin filem Dhoom 2 itu berada di Festival Filem Cannes di sini untuk acara karpet merah sebelum menghadiri lelongan amal bagi memerangi AIDS anjuran Sinema amfAR.
Kemunculan Rai, 38, sememangnya dinantikan oleh peminat yang tidak sabar melihat sama ada bekas Ratu Cantik Dunia itu kembali kurus selepas melahirkan anak pada tahun lalu.
Namun, Rai berkata, dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya.
"Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan," kata Rai.
"Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah," tambahnya lagi.
Rai yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing.
"Saya gemar makan dan tidak pernah mengamalkan diet yang ketat," tegas aktres tersebut. 


Selasa, 22 Mei 2012

Robin Gibb meninggal dunia...!!!

WAJAH Gibb semasa jurugambar merakamkan kehadirannya pada anugerah
Goldene Kamera di Berlin, Jerman pada 5 Februari 2010.

LONDON - Penyanyi kumpulan legenda Bee Gees dari Britain, Robin Gibb yang sekian lama menderita penyakit kanser disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun kelmarin.
Pengumuman menyedihkan itu dibuat oleh keluarga Gibb menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Akhbar The Sun melaporkan, isteri kedua Gibb, Dwina dan tiga anaknya berada di sisinya semasa beliau meninggal dunia di sebuah hospital di tengah London.
Gibb sebelum ini berada dalam koma selepas menghidap pneumonia.
Beliau mati semasa menghidap kanser usus besar dan hati.
Selain Gibb, anggota Bee Gees dianggotai kembarnya, Maurice dan abang mereka, Barry, 65.
Antara lagu-lagu popular mereka termasuk How Deep Is Your LoveStayin' Alive dan Night Fever.
Anggota kumpulan Bee Gees yang masih hidup ialah abang sulungnya, Barry.
Maurice, 53, meninggal dunia pada tahun 2003 akibat kanser.
Jualan rekod mereka melebihi 200 juta unit sejak tahun 1960-an.
Adik bongsu Gibb yang bukan merupakan anggota kumpulan itu, Andy, mati pada tahun 1988 kerana ketagihan kokain.
Gibb merupakan rakan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.
Blair pernah bercuti bersama keluarganya di vila Gibb di Miami, Florida semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Gibb dianggap oleh Blair sebagai seorang rakan yang hebat dan mempunyai pemikiran terbuka, bijak dan seorang ahli muzik yang luar biasa.
"Saya akan berasa kehilangannya," kata Blair dalam satu kenyataan. 

Isnin, 21 Mei 2012

Kematian selebriti popular pada usia 27 tahun!


Ada yang mengatakan ia adalah sumpahan, ada juga yang menganggap ia adalah fenomena pop culture dan ada juga yang membantah dengan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Walaubagaimanapun anggapan mereka, kematian ramai pemuzik popular daripada Barat pada usia 27 tahun berbanding usia-usia yang lain memang mengujakan. Sekurang-kurangnya 34 orang pemuzik dan penyanyi daripada Hollywood berada dalam senarai buku yang disusun oleh Eric Segalstad. Buku yang dikenali sebagai The 27s: The Greatest Myth of Rock & Roll telah berada di pasaran sejak tahun 2008.
Terbaru, Amy Winehouse atau nama sebenarnya Amy Jade Winehouse dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun di kediamannya. Amy dilaporkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah dan arak secara berlebihan dipercayai kerana mengalami kemurungan akibat putus cinta dengan kekasihnya, Reg Traviss.
Untuk kali ini, penulis akan menyusun beberapa orang pemuzik dan penyanyi berpengaruh yang riwayat hidup mereka berakhir pada usia 27 tahun. Daripada pemerhatian penulis, dadah dan arak adalah penyebab utama kematian mereka di usia yang agak muda. Kepada selebriti di Malaysia, jauhi dadah dan arak. Kedua-duanya sangat ‘membantu’ anda untuk mati pada usia yang cukup muda.
Amy Winehouse adalah 'anggota' terbaru yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.


Brian Jones
Brian Jones dilahirkan pada 28 Februari 1942 di Cheltenham, England. Beliau meninggal dunia pada 3 Julai 1969 pada usia cukup muda iaitu 27 tahun. Beliau ditemui meninggal dunia di kolam pada lewat malam 3 Julai 1969.
Menurut kekasihnya, Anna Wohlin, ketika ditemui Brian Jones masih lagi bernyawa namun setelah doktor sampai, segala-gala telah terlambat. Brian Jones diistiyharkan meninggal dunia akibat nasib malang. Menurut laporan autopsi, jantung dan limpa Jones membengkak akibat dadah dan arak yang diminumnya.
Walaubagaimanapun, ramai yang masih mendakwa Brian Jones dibunuh berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh. Suspek utamanya adalah Frank Thorogood. Sehingga kini, dakwaan Brian Jones dibunuh masih belum dapat dibuktikan di mahkamah tambahan pula suspek utamanya, Frank Thorogood telah pun meninggal dunia pada tahun 1994.
Brian Jones adalah bintang yang bergemerlapan pada dekadnya. Beliau adalah salah seorang daripada pengasas band lagenda, Rolling Stonepada tahun 1960-an. Bersama-sama Keith Richard dan Mick Jagger, beliau telah mempopularkan irama rock and roll yang diadunkan dengan melodiR&B. Brian Jones pada mulanya adalah pemimpin band ini namun disebabkan oleh masalah disiplin dan perlibatan beliau secara keterlaluan dengan dadah serta arak mengakibatkan beliau dilucutkan dan seterusnya diganti oleh Mick Jagger dan Keith Richard. Brian Jones adalah selebriti paling berbakat dalam band ini dengan kemahiran beliau bermain dengan pelbagai alat muzik serta berbakat dalam menulis lagu. Pada tahun 1969, Brian Jones telah dipecat daripada band ini kerana masalah dadah dan disiplin. Tiga minggu selepas insiden tersebut, Brian Jones ditemui meninggal dunia di kediamannya dalam keadaan menyayatkan hati. Brian Jones tersenarai antara selebriti popular yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.
Brian Jones



Jimi Hendrix
Siapa yang tidak kenal dengan Jimi Hendrix. Beliau yang dilahirkan pada 27 November 1942 adalah gitaris paling hebat sepanjang zaman. Walaubagaimanapun, Jimi Hendrix atau nama sebenarnya, James Marshall Hendrix meninggal dunia pada usia yang cukup muda iaitu 27 tahun pada 18 September 1970. Jimi Hendrix diistiyarkan meninggal dunia akibat tercekik muntah sendiri akibat percampuran ubat tidur jenis Vesparax dengan wain merah. Jimi Hendrix juga dilaporkan mengambil 6 biji tablet Vesparax yang mana kebiasaannya orang dewasa normal akan mengambil separuh daripada sebiji tablet tersebut.
Pada zaman Jimi Hendrix, beliau bukan sahaja menempa nama sebagai selebriti tetapi juga bertanggungjawab memecahkan tembok selebriti yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum kulit putih. Dengan kemahiran hebat sebagai pemetik gitar elektrik, beliau telah mempelopori beberapa teknik seperti penggunaan wah-wah pedal sepertimana yang dihasilkan untuk laguVoodoo Child. Sehingga kini, teknik dan kemahiran Jimi Hendrix telah banyak diaplikasi dan diinovasi oleh pemuzik dan pemain gitar selepas daripada beliau.
Sepertimana Brian Jones, Jimi Hendrix adalah selebriti paling gemerlapan pada eranya namun disurami dengan penggunaan dadah dan arak. Beliau senasib dengan Brian Jones apabila tersenarai antara bintang-bintang popular yang meninggal dunia pada usia 27 tahun.
Jimi Hendrix


Janis Joplin
16 hari selepas kematian Jim Hendrix, selebriti yang semakin meningkat naik kemudiannya menyusul. Janis Joplin yang dilahirkan sebagai Janis Lyn Joplin pada 19 Januari 1943 telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Oktober 1970. Hasil autopsi menyatakan beliau mengambil terlebih dos dadah jenis heroin yang kemudiannya diburukkan lagi dengan arak yang diminumnya. Janis Joplin ditemui meninggal dunia di hotel penginapannya, Landmark Motor Hotel dalam keadaan terbaring di lantai.
Janis Joplin diperakaui pada zamannya sebagai antara pelopor muzik Rock and Roll wanita paling berpengaruh. Ketika di kemuncak kerjayanya, beliau digelar The Queen of Rock and Roll dan The Queen of Psychedelic Soul. Pada 2004, majalah popular, Rolling Stone meletakkan nama beliau di tangga ke-46 sebagai artis paling berpengaruh sepanjang zaman.
Perlibatan beliau dengan dadah dan arak telah mengharu-birukan kerjaya hebatnya. Sepertimana yang berlaku kepada Brian Jones dan Jimi Hendrix beberapa tahun sebelumnya, beliau meninggal dunia pada usia yang cukup muda akibat dadah dan arak. Kematiannya pada usia 27 tahun telah menyebabkan beliau tersenarai sebagai salah seorang daripada ‘ahli kelab 27’. Mayat Janis Joplin dibakar dan abunya kemudian diagih kepada keluarganya untuk urusan perkebumian.

Janis Joplin


Jim Morrison
Seorang lagi lagenda Rock and Roll yang meninggal dunia pada usia yang cukup muda. Jim Morrison atau nama sebenarnya, James Douglas Morrison adalah penyanyi utama band The Doors. Jim Morrison ditemui meninggal dunia pada 3 Julai 1971 di sebuah hotel di Paris oleh kekasihnya, Pamella Courson. Di sebalik kematiannya yang dikatakan mengambil terlampau banyak dadah jenis heroin, kematian Jim Morrison juga diselubungi dengan pelbagai konspirasi dan kontroversi. Tidak seperti selebriti lain, mayat Jim tidak dilakukan bedah siasat. Oleh yang demikian, sebab utama kematian Jim tidak pernah diketahui sehingga ke hari ini.
Jim dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia. Bapanya adalah seorang tentera manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Namun, ia tidak menjamin untuk menjadikan Jim menjadi seorang yang bagus. Jim Morrison mula berjinak dengan dadah dan arak ketikamana beliau semakin meningkat dalam kariernya. Ketika di kemuncak kariernya sebagai penyanyi utama band The Doors, beliau diselubungi pelbagai kontroversi seperti insiden di Miami. Insiden di Miami menjadi titik hitam dalam karier beliau dan The Doors. Beliau yang ketika itu dipengaruhi dadah telah membangkitkan keriuhan dan rusuhan apabila melaungkan kata-kata provokosi dan liar seperti ‘Let’s see a little skin, let’s get nakeddan “You’re all a bunch of fuckin’ idiots!”. Kes beliau turut disiasat oleh FBI.
Insiden kedua yang turut mengundang kontroversi adalah ketika menyanyi lagu Light My Fire di Ed Sullivan Show pada 17 September 1967. Jim Morrison berjanji akan menukarkan lirik “Girl we couldn’t get much higher”kepada “Girl we couldn’t get much better”. Namun, Jim Morrison gagal berbuat demikian. Pada akhir rancangan, Ed Sullivan enggan berjabat tangan dengan Morrison dan anggota band The Doors akibat terlampau kecewa dengan sikap biadap Jim Morrison. Jim Morrison juga dilaporkan mengherdik Ed Sullivan dan penerbit rancangan temubual popular tersebut di akhir rancangan.

Jim Morrison

Kurt Cobain
Pemuzik dan vokalis utama band Nirvana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kurt Cobain atau nama sebenarnya, Kurt Donald Cobain dilahirkan pada 20 Februari 1967 di Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat. Beliau termasuk dalam ahli 27 Club kerana meninggal dunia pada usia yang cukup muda iaitu 27 pada 5 April 1994. Pengasas muzik grunge ini dilaporkan meninggal dunia kerana membunuh diri menggunakan pistol. Walaubagaimanapun, kontroversi disebalik kematiannya masih lagi menjadi perdebatan di kalangan peminat-peminatnya, termasuklah mengatakan isterinya, Courtney Love membunuh Cobain untuk merebut penjagaan anak dan harta.
Kurt Cobain pada tahun 1990-an adalah fenomena di persada seni dunia. Album kedua Nirvana iaitu Nevermind yang diterbitkan pada 1991 mencatatkan penjualan sehingga 30 juta salinan di seluruh dunia. LaguSmells Like Teen Spirit yang dimuatkan dalam album itu menjadi siulan anak-anak muda di seluruh dunia. Sehingga kini, lagu yang dihasilkan olehNirvana dan Kurt Cobain masih lagi malar segar untuk didengar dan didendangkan.
Sepertimana nasib ahli kelab 27 yang lain, Kurt Cobain mengalami masalah dengan dadah dan arak yang sangat teruk. Beliau juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal.
Menurut rakan-rakan Kurt Cobain, sewaktu remaja, Kurt pernah berkata kepada rakan-rakanya untuk menjadi salah seorang ahli kelab 27. Beliau bergitu terpengaruh dengan beberapa selebriti hebat seperti Jimi Hendrix, Jim Morrison dan ramai lagi pada era 1960 hingga 1970-an yang berakhir kehidupan mereka pada usia 27 tahun.
Kurt Cobain

Sebenarnya, di sebalik nama-nama besar yang dirakamkan dalam artikel ini, terdapat ramai lagi selebriti yang berakhir riwayat mereka pada usia 27 tahun. Antaranya adalah vokalis band Canned Heat dan sahabat akrab Jim Morrison, Alan Wilson yang berakhir riwayatnya pada usia 27 tahun pada 3 September 1970. Alan Wilson turut mengalami masalah berkaitan dadah yang akhirnya meragut nyawanya.
Selain daripada dadah dan arak yang menyelubungi kematian selebriti pada usia 27 tahun, terdapat juga daripada mereka mengalami kematian yang pelik sepertimana yang terjadi kepada gitaris band Stone the Crows, Leslie Harvey. Leslie Harvey meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik kerana tersentuh pembesar suara dengan keadaan tangannya yang basah. Ketika itu, Harvey sedang mengadakan persembahan bersama bandnya di Swansea. Harvey meninggal dunia pada 3 Mei 1972.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com