Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 11 Julai 2014

Haliza Misbun nafi sebar gambar adiknya dipukul

Kongsi Di Pesbuk Haliza Misbun nafi sebar gambar adiknya dipukul

Pelakon Haliza Misbun menyangkal dakwaan yang mengatakan dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyebarkan gambar adiknya, Rozana Misbun yang teruk dipukul suaminya yang juga merupakan penyanyi popular tanah air, Awie kepada pihak media.

"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu. Apapun, adik saya Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan.


"Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefon yang merakam gambar-gambar tersebut," katanya yang dipetik dari Oh!Media.

Haliza berkata, dia cuma mampu berdoa agar adiknya diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini walaupun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Putri Qasseh Antasya, 4.

"Namun, Rozana masih cuba berfikiran positif."

Dalam pada itu, Haliza turut berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati undang-undang.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com