Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 21 Julai 2014

MAKAN SERANGGA TINGKAT KECERDASAN OTAK ?

Kongsi Di Pesbuk

Amalan memakan serangga dipercayai mampu meningkatkan kecerdasan otak.
Washington: Sebuah kajian di Universiti Washington yang diterbitkan dalam Jurnal Evolusi Manusia mendapati bahawa aktiviti memakan serangga adalah salah satu rahsia perkembangan otak manusia.

Penyelidik percaya, ketika zaman awal kewujudan manusia dulu diet serangga membolehkan mereka tumbuh lebih besar dan cerdas kerana kesan daripada pemakanan mereka itu.
“Pemerhatian terhadap bahan makanan sejak dulu lagi menjadi faktor penting perkembangan otak dan kognisi (kawalan pergerakan) monyet, termasuk manusia,” kata pensyarah antropologi Universiti Washington, Amanda D Melin yang menerajui kajian berkenaan.



Makanan ruji

Beliau berkata amalan memakan serangga menjadi budaya di beberapa wilayah di dunia, malah di Mexico serangga adalah makanan ruji penduduk di negara itu selama beberapa abad.

“Di sebalik amalan pemakanan dan selera moden daripada pelbagai variasi, amalan memakan serangga dipercayai membantu meningkatkan aktiviti otak,” katanya.

Amanda dan rakan penyelidik menghasilkan kesimpulan itu selepas pemerhatian lima tahun terhadap seekor kera capucin di Costa Rica. Mereka mendapati bahawa corak pemakanan monyet meningkatkan deria pengesan dan saraf motor (pergerakan) yang baik.
Ia juga mendapati bahawa ketika monyet menangkap serangga untuk dimakan, perbuatan itu meningkatkan kecerdasan deria pengesan pergerakan (motor) terutama membabitkan kemampuan memegang objek kecil.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com