Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 22 Julai 2014

RESTORAN A&W PETALING JAYA BAKAL TINGGAL KENANGAN

Kongsi Di Pesbuk AW-Drive-In-Petaling-Jaya

Berita kurang baik kepada kita semua pagi ini apabila ada laporan menyebut yang restoran penuh memori dan ikonik di Petaling Jaya, A&W yang turut dilengkapi khidmat pandu lalu akan ditutup pada Disember 2014 ini.


Seperti dilaporkan hype.my hari ini, penutupan cawangan A&W di Petaling Jaya ini adalah sebahagian daripada pengurusan semula restoran makanan segera ini yang akan melibat penutupan 33 lagi cawangan di seluruh Malaysia dan juga Thailand.

Laporan The edge pula menyebut yang penutupan restoran A&W Petaling Jaya ini akan memberikan peluang kepada pembangun untuk membangunkan projek bangunan bernilai RM263 juta di kawasan itu menjelang tahun hadapan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com