Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 29 Julai 2014

DULU PONDAN CUN, KINI PENDAKWAH

Kongsi Di Pesbuk

 PERNAH dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah.

Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.


Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan. Hasrat hatinya cuma satu, iaitu menjadi daie untuk menarik golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.

"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Wajah Erin ketika bergelar mak nyah. Dia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk kekal cantik.
Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini.

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.

Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu.

"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.

"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya.




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com