Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 Julai 2014

Warga Nepal Parah Dahi Ditembusi Serpihan Kayu

Kongsi Di Pesbuk

GEMAS – Seorang warga Nepal yang bekerja di kilang papan parah apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang 1.5 meter di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian jam 8.51 pagi itu, serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting daripada mesin pemotong kayu dan terkena kepala mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang bekerja tidak jauh dari situ.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I, Kamaruddin Salleh, berkata kayu itu menembusi bahagian tengah dahi mangsa dan keluar di bahagian kanan kepalanya.

“Bomba mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu itu menggunakan mesin pemotong khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan, selain mengelak kecederaan lebih serius,” katanya.

Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu pasukannya ketika operasi memotong kayu itu, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com