Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Akaun Youtube Cikgu Shida Digodam...!!!

Kongsi Di Pesbuk

PARIT - "Saya tidak sangka ada pihak sanggup mengodam dan memadam video miming yang melonjakkan nama saya." kata ratu miming itu, Roshida Abd Aziz atau lebih populer dengan panggilan cikgu Shida.

Cikgu Shida berkata, pengodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadam video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

"Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja".

"Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu 'Cikgu Shida Miming Art' menggantikan 'Cikgu Shida Dari Parit," katanya.

Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com