Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 24 Disember 2011

Dua jam bersama empat perompak...!!!

Kongsi Di Pesbuk
AHLI keluarga peraih kelapa sawit yang dirompak oleh empat lelaki di Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Niat 13 ahli keluarga yang berkumpul di sebuah rumah untuk menjaga salah seorang saudara mereka yang sakit tenat bertukar trauma apabila mereka terpaksa melayan selama dua jam kerenah empat perompak di Tok Randok, Ajil dekat sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, kesemua ahli keluarga terbabit kerugian lebih RM350,000 selepas wang tunai sebanyak RM230,000 dan pelbagai barangan kemas dan sembilan buah telefon bimbit milik ahli keluarga terbabit dilarikan perompak itu.
Seorang mangsa, Mohamad Saat, 59, yang merupakan peraih kelapa sawit berkata, wang berjumlah RM210,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank bagi membeli hasil kelapa sawit daripada pekebun habis dikebas perompak terbabit.
Malah, menurut peraih itu, sebanyak RM20,000 lagi duit simpanan yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah itu turut lesap angkara perompak berpakaian hitam, bersarung tangan dan bertopeng muka itu.
Perompak-perompak itu dipercayai warga Indonesia, Bangladesh dan rakyat tempatan.
"Biasanya rumah ini hanya dihuni oleh kami berempat tetapi sejak seminggu lalu, ramai ahli keluarga berkumpul di sini kerana ibu mentua saya yang berumur 80 tahun sakit tenat.
"Tidak sangka pula perompak itu berani masuk ke rumah dan merampas kesemua barangan kemas yang dipakai oleh semua 13 ahli keluarga kami," jelas Mohamad ketika ditemui di rumah di sini semalam.
Menceritakan detik berlakunya kejadian itu, Mohamad memberitahu, empat perompak itu memasuki rumahnya melalui pintu utama selepas mengumpil kunci pada pintu.
Keempat-empat suspek yang bersenjatakan parang, pisau, gunting dan kayu kemudian bertindak mengugut kesemua ahli keluarga tersebut untuk menyerahkan barang kemas yang dipakai mangsa-mangsa.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com