Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 25 Disember 2011

Search Ke Borneo...!!!

Kongsi Di Pesbuk



AMY tampil dengan gaya dan suara yang cukup memuaskan hati para peminat Search.


USAI konsert Fenomena Search 30 tahun di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Search kini menawan Borneo pula.
Tiada pertikaian dalam tenaga dan pembawaan konsert kerana lokasi terdahulu sudah mempamerkan sebuah konsert yang bertenaga dan menggamit hati serta ingatan para peminat .
Tambah-tambah lagi konsert yang diadakan di Pusat Konvensyen Mines pada 17 Disember lalu mendapat pujian ramai. Kata para penonton, konsert tersebut penuh tenaga dan rata-rata sangat berpuas hati dengan persembahan, reportaire dan sistem bunyi konsert itu.
Kesinambungan kepada tenaga dan keterujaan menjelajah pentas demi pentas, Amy (vokalis), Nasir (gitar Bass), Nordin (gitar kedua), Kid (gitar utama) dan Yazid (dram) membuat kesinambungan di Sabah dan Sarawak.
Semalam pada tarikh 24 Disember, grup yang terkenal dengan lagu Isabella ini menawan Sabah.
Mereka juga dijadual melagukan barisan lagu hit di Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada Sabtu depan. Kali ini, konsert itu dianjurkan bersama oleh Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd.
Dalam sidang akhbar baru-baru ini, jurucakap Universal Credential, Datin Nirwana memberitahu, konsert di Sabah dan Sarawak itu adalah untuk memberi peluang kepada peminat bersama-sama meraikan ulang tahun ke-30 Search berkecimpung dalam industri muzik.
"Ini merupakan kesinambungan kepada siri jelajah konsert yang diadakan di tiga buah negeri di Semenanjung, walaupun ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan.
"Lagipun usaha kami untuk menganjurkan konsert di Sabah dan Sarawak adalah bagi memenuhi permintaan peminat di sana yang sudah lama menantikan persembahan Search secara langsung," jelasnya yang mengumumkan harga tiket konsert hanyalah RM25.

ANTARA momen berharga yang dikecapi anggota Search dan peminat tegar mereka di Pusat Konvensyen Mines pada 17 Disember lalu.


Ujarnya, dengan harga tiket tersebut pihaknya sangat berharap agar peminat legenda rock tanah air itu dapat hadir beramai-ramai memandangkan venu konsert tersebut mampu menampung sehingga 30,000 penonton.
Pada sidang akhbar yang sama, Amy selaku vokalis utama Search menjelaskan, konsert di Sabah dan Sarawak ialah satu peluang yang sangat dinantikan.
"Sudah tentu tanggungjawab kami adalah untuk memberi yang terbaik agar ia dapat menjadi kenangan paling manis buat semua," ujarnya.
Ditanya tentang konsep persembahan, Nasir menjelaskan tidak banyak perbezaan yang dibuat berbanding dengan siri jelajah konsert yang diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru sebelum ini.
Ujarnya, kelainan yang akan ditampilkan nanti adalah berdasarkan kepada beberapa aspek teknikal seperti reka bentuk pentas, penggunaan lampu dan sistem bunyi memandangkan kos yang lebih besar diperlukan untuk menganjurkan konsert di kedua-dua negeri tersebut. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com