Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 26 Disember 2011

Kasut baru Nike jadi punca kekecohan...!!!

Kongsi Di Pesbuk

kasut
KENTUCKY - Perga­duhan, penahanan dan vandalisme mencemari penjualan kasut sukan baru keluaran syarikat Nike selepas orang ramai menyerbu pusat jualan di seluruh Amerika Syarikat (AS), kel­marin.

Kasut bola keranjang Air Jordan itu menyebabkan kekecohan luar biasa sehingga dilaporkan hampir mencetuskan rusuhan, menurut polis.

Kekecohan di seluruh AS bermula apabila ribuan pembeli yang beratur selama berjam-jam bergaduh sesama sendiri semasa cuba membeli kasut itu sehingga menyebabkan polis terpaksa menggunakan penyembur lada bagi menyuraikan mereka.

Sebuah pusat membeli-belah turut diserbu 9,000 orang sejurus kasut itu mula dijual dan polis terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan, selepas pergaduhan berlaku.

Menurut polis, tiada individu tercedera dalam kekecohan itu tetapi beberapa penahanan dibuat di seluruh AS.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com