Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 23 Disember 2011

AC Mizal kini bergelar datuk...!!!

Kongsi Di Pesbuk
AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.
PEKAN - Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.
"Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini," katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.
Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
AC Mizal yang merupakan Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. memberitahu, penganugerahan tersebut dianggap satu penghargaan kepada anak seni dan ia merupakan hadiah terbesar buat dirinya sempena hari lahirnya yang ke-40 kelmarin.
Turut menerima pingat yang sama ialah pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar, Idris Md. Yusof yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com