Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Ahad, 18 Disember 2011

ANAK DALAM KANDUNGAN BUAT ISYARAT "GOOD"...!!!

Kongsi Di Pesbuk


MAIDSTONE – Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnyadiimbas di sebuah hospital di Kent, Britain.
Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.
Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.
Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.Donna dari Whitstable berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.

P/S - bayi tu saja nak bgi tau kot yang die dalam keadaan ok, makan minum cukup...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com