Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 21 Disember 2011

Gambar Wang Kertas Dan Duit Syiling Baru Ringgit Malaysia(RM) 2012...!!!

Kongsi Di Pesbuk

Gambar Duit Kertas Baru | Gambar Duit Syiling Baru | Gambar Duit Kertas RM20 | Contoh Wang Kertas Baru 2012 | Wang Kertas Baru 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.  Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia.

Siri wang kertas itu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.  Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM.  Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran. [Bernama]





P/s: Oh, lepas ni dompet akan berseri-seri dengan warna-warni duit kertas baru ni..maaf lah ye, duit kertas warna pink tak ada haha..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com