Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Positif Dadah: Apek Hadapi Hukuman Penjara...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Apek

Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway.

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. Hasil ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon 'Bujang Telajak' ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com