Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 14 Februari 2012

MAYAT MENDIANG WHITNEY HOUSTON DISEMADIKAN DI TEMPAT ASALNYA, NEW JERSEY...!!!

Kongsi Di Pesbuk
JET peribadi yang membawa mayat mendiang Whitney Houston ke New Jersey, berlepas dari Lapangan Terbang Van Nuys, Los Angeles. 
NEWARK (New Jersey): Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey malam tadi untuk disemadikan pada hujung minggu ini.
Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center, yang boleh memuatkan kira-kira 18,000 orang.
Pegawai majlis bandar raya di sini menunggu ketibaan ahli keluarga ratu pop popular itu untuk menyempurnakan majlis pengebumian berkenaan.



BUNGA, dan potret Whitney Houston antara hadiah sebagai tanda peringatan daripada peminat kepada mendiang di sudut Hotel Beverly Hilton dekat Beverly Hills.

Whitney ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu.
Akhbar The Sun telah memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com