Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Sejarah Penubuhan Band Metallica..!!!

Kongsi Di Pesbuk

Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Diasaskan apabilaLars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Robert Trujillo.
Album keluaran awal Metallica merangkumi tempo yang pantas, instrumental, dan pemuzikan yang agresif yang menempatkan mereka dalam salah satu "big four" dalam subgenre trash metal seiring dengan SlayerMegadeth dan Anthrax.[1] Kumpulan muzik ini mendapat peminat yang semakin meningkat dalam komuniti dan pengkritik muzik underground, dengan keluarnya Master of Puppets pada tahun 1986 digambarkan sebagai salah satu album "heavy" trash metal yang paling berpengaruh. Kumpulan muzik ini memperolehi kejayaan komersil yang memberangsangkan dengan albumMetallica pada tahun 1991, yang mana berjaya meraih No. 1 dalam Billboard 200. Hasil kejayaan pengeluaran album ini, mereka mengembangkan arah tuju muzikal yang membawa kepada penghasilan album yang lebih mainstream.
Pada tahun 2000, Metallica merupakan salah satu artis/kumpulan muzik yang menfailkan saman menentang Napster atas pengagihan bahan-bahan cetak terpelihara secara percuma tanpa persetujuan daripada Metallica.[2] Akhirnya Napster menjadi perkhimatan guna-bayar setelah perjanjian tercapai. Walaupun mencapai No. 1 dalam Billboard 200, keluaran album St. Anger tidak disenangi oleh kebanyakan peminat kerana ketiadaan solo - solo gitar dan rentak drum yang terlalu agresif. Satu filem bertajuk Some Kind of Monster mendokumentasi proses merekod album tersebut.
Metallica telah mengeluarkan sembilan studio album, dua album live, dua Estended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tigasingles. Kumpulan muzik ini telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, dan mempunyai tiga album No. 1 dalam Billboard 200, menjadikan Metallica satu - satunya kumpulan muzik paling teratas dalam carta sebanyak lima kali berturut-turut. Album tahun 1991 (Metallica), telah dijual sebanyak 15 juta salinan di Amerika Syarikat, dan 22 juta salinan seluruh dunia, yang mana membuatkan penjualan album 25th tertinggi di negara tersebut. Kumpulan muzik ini telah menjual lebih kurang 100 juta rekod seluruh dunia setakat pengeluaran album terbaru mereka Death Magnetic. Setakat pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan menjejak hasil jualan pada 25 Mei 1991, jumlah jualan 51,136,000 album di Amerika Syarikat sahaja.[3] Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling terkenal hari ini, dan kegiatan penjualan yang terbesar.

Sejarah


Awal tahun (1981-1983)

Metallica telah dibentuk di Los AngelesCalifornia, pada awal tahun 1981 apabila pemain drum Lars Ulrich membuat pengiklanan ke akhbar tempatan Los Angeles —The Recycler— berbunyi " Pemain drum sedang mencari ahli muzik untuk bermain dengan Tygers dari Pan Tang, Diamon Head dan Iron Maiden." Pemain guitar James Hetfield dan Hugh Tanner dari Leather Charm menjawab iklan tersebut. Walaupun dia belum membentuk sebuah kumpulan muzik, Ulrich meminta pengasas Metal Blade Records, Brian Slagel jika dia boleh merekod sebuah lagu untuk kompilasi Metal Massacrelabel akan datang. Slagel menerima dan Ulrich merekrut Hetfield untuk menyanyi dan bermain gitar.
Ulrich berbincang dengan rakannya Ron Quintana yang mencadangkan nama kumpulan ini untuk fanzine. Quintana telah mencadangkan beberapa nama iaitu Metal Mania dan Metallica. Ulrich memilih Metallica sebagai nama kumpulan muzik ini. Iklan kedua diletakkan pada akhbar The Recycler untuk posisi lead gitar. Dave Mustaine menjawab, dan, selepas melihat gitarnya yang mahal, Ulrich dan Hetfield merekrutnya. awal tahun 1982, Metallica merekod lagu original mereka pertama "Hit the Lights" untuk Metal Massacre / kompilasi. Hetfield bermain bass dalam lagu tersebut dan Lloyd Grant diberi kepercayaan untuk solo gitar. Dikeluarkan pada 14 Jun 1982, cetakan awal Metal Massacre/ terdapat kesilapan dalam senarai sebagai "Mettallica'. Walaupun marah dengan kesilapan tersebut, Metallica berjaya menghasilkan lagu yang cukup mantap dan beraksi persembahan live mereka yang pertama di Radio City di AnaheimCalifornia pada 14 Mac 1982 dengan pemain bass Ron McGovney yang baru direkrut. Metallica merekod demo pertama, Power Metal sebuah nama hasil inspirasi kad perniagaan Quintana pada awal tahun 1982. Pertengahan tahun 1982, Ulrich dan Hetfield menghadiri satu pertunjukan di kelab malam Whisky a Go Go yang mempamerkan pemain bass Cliff Burton dari kumpulan muzik Trauma. Mereka berdua terpegun dengan penggunaan pedal wah-wahBurton dan mempelawanya untuk menyertai Metallica. Hetfield dan Mustaine ingin menyingkirkan McGovney kerana dia tidak memberi sebarang sumbangan dan hanya sekadar mengikut. Walaupun pada awalnya Burton menolak pelawaan tersebut, tetapi pada penghujung tahun dia menerima pelawaan tersebut dengan syarat kumpulan muzik itu berpindah ke San Francisco. Persembahan livepertama Metallica ialah di sebuah kelab malam The Stone pada Mac 1983, dan rekod pertama bersama Burton adalah demo Megaforce pada tahun 1983.
Metallica telah bersedia untuk merekod album sulung mereka tetapi Metal Blade tidak mampu menanggung kos tambahan, kumpulan muzik itu mula mecari jalan lain. Penganjur konsert Johnny "Z" Zazula, demo No Life 'til' Leather 1982, menawarkan record deal dengan Metallica dan New York City - lebel rekod tempatan. Setelah tidak menerima sebarang label rekod, Zazula meminjam wang untuk menutup bujet rekoding dan Metallica menjadi label dibawahnya, Megaforce Records. Ahli kumpulan muzik ini menyingkirkan Mustaine keluar dari kumpulan muzik ini kerana penyalahgunaan dadah dan alkohol, dan kelakuan ganas. Pemain gitar Exodus, Kirk Hammett menjadi pengganti kepada Mustain pada hari yang sama Mustain disingkir. Persembahan Metallica bersama Hammet adalah pada 16 April 1983 di kelab malam The Show DenverNew Jersey.
Mustaine telah meluahkan perasaan kurang senang dalam wawancara. Katanya Hammett "stole my job, but at least I got to bang his girlfriend before he took my job — how do I taste, Kirk?".Mustaine sememangnya marah kerana percaya bawaha Hammett telah menjadi popular dengan bermain gitar lead yang ditulis oleh Mustaine. Pada tahun 1985, wawancara bersama Metal forces, Mustaine mencabar Hammett dengan berkata "it's real funny how Kirk Hammett ripped off every lead break I'd played on that No Life 'til Leather tape and got voted No. 1 guitarist in your magazine."Dalam album Megadeath Killing Is My Business... and Business Is Good!, Mustaine memuatkan lagu "Mechanix", yang mana nama tersebut diubah kepada "The Four Housemen" on Kill 'Em All oleh Metallica. Mustaine berkata dia berbuat demikian adalah untuk "mengukuhkan Metallica" kerana dia dirujuk sebagai pemabuk dan tidak boleh bermain gitar oleh Metallica.


Kill 'Em all dan Ride the Lighting (1983-1984)

Pada tahun 1983, Metallica mengembara ke RochesterNew York untuk merekod album pertama mereka, Metal up Your Ass, dengan tugas - tugas produsi yang diurus oleh Paul Curcio. Desebabkan konflik dengan label rekod kumpulan muzik dan keengganan pengedar mengeluarkan album dengan nama tersebut, album tersebut di nama semula sebagai Kill 'Em All. Dikeluarkan atas Megaforce Records di U.S dan Music for Nation di Eropah, album tersebut naik tangga ke 120 dalam Billboard 200, dan walaupun album tersebut pada awalnya tidak berjaya dari segi kewangan namun ia meningkatkan peminat dalam underground metal scene. Kumpulan muzik ini memulakan jelajah Kill 'Em All bersama Raven untuk menyokong pengeluaran album tersebut. Pada Februari 1984, Metallica menyokong Venom dalam Jelajah Seven Dates of Hell, dimana mereka beraksi di Festival Aardschok di ZwolleBelanda.
Metallica merekod studio album yang kedua, Ride the Lightning, di Sweet Silence Studios di CopenhagenDenmark. Dikeluarkan pada Ogos 1984, album tersebut naik ke tangga 100 dalam Billboard 200. Seorang warga Perancis yang tersalah cetak album hadapan yang berwarna hijau kini dijadikan sebagai bahan koleksi. Lagu lain dalam album ini termasuk lah "For Whom the Bell Talls", "Creeping Death" (yang menyatakan cerita berunsul alkitab penghijrahan Hebrew dari perhambaan di Egypt, menumpukan pada pelbagai wabak yang dikunjungi oleh orang Egypt), dan "The Call of Ktulu" instrumental. Mustaine menerima pengiktirafan untuk "Ride the Lighting" dan "The Call of Ktulu".


Master of Puppepts (1984-1986)


Album ketiga Metallica, Master of Puppets direkod di Sweet Silence Studio dan dikeluarkan pada Mac 1986. Album tersebut meningkat tangga ke-29 dalam Billboard 200, dan bertahan selama 72 minggu dalam carta tersebut. Album tersebut merupakan album pertama yang diberi pengiktirafan emas pada 4 November 1986, dan diiktiraf enam kali platinum pada 2003. Steve Huey daripadaAllmusic mempertimbangkan album tersebut sebagai "kejayaan terbesar kumpulan muzik ini". Selepas pengeluaran album tersebut, Metallica membuat jelajah U.S dibantu oleh Ozzy Osbourne. Hetfield tercedera pada pergelangan tangan selepas bermain papan luncur meluncur menuruni bukit, walaubagaimanapun menyambung jelajah sebagai penyanyi, dibantu oleh John Marshall selaku juruteknik gitar bermain untuknya sebagai gitar irama.Pengarah Elektra Records A&R Micheal dan pengasas bersama Q-Prime Management Cliff Burnstein menghadiri konsert Metallica pada September 1984. Terpegun dengan persembahan Metallica, mereke menandatangan kontrak Metallica dengan Elektra Records dan menjadi pelanggan kepada Q-Prime Management. Kejayaan Metallica yang pantas menjadikan muzik label British menerbitkan edisi terhad Creeping Death EP, yang telah dijual 40,000 salinan seperti diimport di A.S. Dua daripada tiga lagu dalam rekod (versi muka Diamond Head "Am i Evil?", dan Blitzkrieg "Blitzkrieg") muncul dalam Elektra 1989 penerbitan semula Kill 'Em All. Metallica memulakan jelajah Eropah mereka yang pertama yang mana purata penonton sebanyak 1,300. Sekembali ke U.S menandakan tajuk jelajah bersama dengan W.A.S.P dan Armored Saint. Metallica beraksi dalam persembahan mereka yang terbesar di festival Monster of Rock pada 17 Ogos 1985, bersama Bon Jovi dan Ratt di Donington Park,England, beraksi di depan 70,000 orang. Satu persembahan di OaklandCalifornia, pada festival Day on the Green melihat kumpulan muzik ini beraksi di depan 60,00 orang penonton.


Kematian Cliff Burton dan Garage Days Re-Revisited (1986-1987)

Peringatan kepada Burton di Ljungby,Sweden
Pada 27 September 1986, semasa Jelajah Damage Inc. Metallica ke Eropah, mereka mencabut undi menggunakan daun terup untuk melihat tempat tidur pilihan mereka di dalam bas. Burton menang dan memilih untuk tidur di tempat tidur Hemmett. Sekitar waktu subuh di Dörarp, Sweden, pemandu bas mereka hilang kawalan dan menggelongsor, memyebabkan bas itu terbalik beberapa kali. Ulrich, Hammet dan Hetfield tidak mengalami kesederaan yang serius; walaubagaimanapun, pemain bes Buton telah dihimpit di bawah bas dan terbunuh. Hetfiel berkata, "saya nampak bas itu menghimpitnya, saya nampak kakinya terkeluar dan saya panik. Pemandu bas tersebut cuba mengambil selimut daripadanya untuk kegunaan orang lain dan saya berkata "Jangan buat itu!" saya hampir ingin membunuh pemandu bas tersebut. Kematian Burton meninggalkan keraguan pada masa depan Metallica. Ketiga-tiga mereka kekal ahli kumpulan muzik dan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan impian mereka. Dengan restu keluarga Burton mereka mencari pengganti Burton.
Lebih kurang 40 orang mencuba ujibakat termasuk kawan zaman kanak-kanak Hammett, Les Claypool dari kumpulan muzik Primus, Troy Gregory dari kumpulan muzik Prong dan Jason Newsted, bekas kumpulan muzik Flotsam dan Jetsam. Newsted tang telah mempelajari semua senarai set Metallica, dan selepas ujibakat tersebut Metallica mempelawanya ke Tommy's Joynt di San Francisco. Hetfield, Ulrich dan Hammett membuat keputusan bahawa Newsted adalah orang yang sesuai menggantikan Burton, dan persembahan langsung pertama Newsted bersama Metallica ialah di Country Club di Reseda, California. Ahli kumpulan muzik ini membuat 'permulaan' bersama Newsted dengan mengenakan Newsted dengan memakan bebola wasabi.
Pada Mac 1987, Hetfield mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya kali kedua selepas bermain papan luncur. Juruteknik gitar, Marshall kembali untuk bermain gitar irama, tetapi kecederaan ini terpaksa membatalkan persembahan mereka bersama Saturday Night Live. Metallica menamatkan jelajah mereka pada awal bulan 1987 dan pada Ogos 1987 semua EP mereka bertajuk The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited diterbitkan. EP tersebut direkod untuk sebagai usaha menggunakan rekod studio mereka yang baru dibina, menguji bakat Newsted, dan mengurangkan kesedihan dan tekanan berikutan kematian Burton. Satu video bertajuk Cliff 'Em All telah diterbitkan pada 1987 sebagai peringatan 3 tahun Burton bersama Metallica. Video tersebut disertakan solo bes, video di rumahnya dan gambar-gambar.


...And Justice for All (1988-1990)

…And Justice for All, merupakan album studio pertama mereka semenjak kematian Burton, dikeluarkan pada 1988. Album tersebut berjaya dari segi komersil, berada dalam tangga ke enam padaBillboard 200, dan merupakan album pertama kumpulan muzik ini berada dalam 10 teratas dalam carta tersebut. Album tersebut disahkan platinum selama sembilan minggu selepas penerbitan album tersebut. Bes yang dimainkan oleh Newsted dalam album ini sengaja ditolak yang merupakan salah satu "penghinaan" berterusan yang diterimanya dan idea muziknya juga diabaikan (walaubagaimanapun, dia menerima penghargaan dalam penulisan muzik untuk lagu "Blackened").


Metallica (1990-1993)

James Hetfield dari Metallica membuat persembahan langsung di O2, London, UK, 15 September 2008
Pada Oktober 1990, Metallica berkunjung ke One on One studio di North Hollywood untuk merekod album terbaru mereka. Bob Rock, pernah bekerja dengan kumpulan muzik The CultBon Jovi, dan Mötley Crüe diberi kepercayaan bekerja dengan Metallica sebagai produsi. Metallica {juga dikenali sebagai "The Black Album") telah diolah sebanyak tiga kali, bernilai 1 juta dolar dan menyebabkan berlaku tiga penceraian.


Load, Reload, Garage Inc., dan S&M (1994-1999)

Muka depan album Load
Setelah hampir tiga tahun menjelajah untuk mempromosi album Metallica termasuk membuat persembahan utama di Woodstock '94. Metallica kembali ke studio untuk menulis dan merekod studio album ke enam mereka. Kumpulan muzik ini berehat pada musim panas pada tahun 1995 dan membuat tiga persembahan termasuk persembahan utama mereka di Donington Park di United Kingdom bersama - sama SlayerSkid RowSlash's SnakepitTherapy? dan Corrosion of Conformity.


Kontroversi Napster (2000-2001)

Pada tahun 2000, Metallica mendapati satu demo lagu mereka "I Disppear", yang sepatutnya diterbitkan bersama - sama runut bunyi Mission: Impossible II, telah dimainkan radio ke udara. Setelah menjejak sumber yang mengeluarkan lagu tersebut, kumpulan muzik ini mendapati fail tersebut adalah daripada rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan Napster dan mereka juga mendapati semua katalog kumpulan muzik ini boleh diperolehi secara percuma melalui rangkaian tersebut. Serta - merta tindakan dijalankan menentang Napster dengan menfailkan sama terhadap Napster di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Pusat Daerah California yang mana Napster secara haram.
Ulrich memimpin kes menentang Napster


Pemergian Newsted,St. Anger dan kemasukan Trujillo (2001-2005)

Semasa rancangan untuk memulakan studio album terbaru mereka, Newsted meninggalkan kumpulan muzik ini pada 17 Januari 2001. Kenyataannya menunjukkan pemergiannya adalah berdasarkan sebab - sebab peribadi dan keadaan fizikal yang dilakukan terhadap dirinya semasa bermain muzik yang disukainya.
Beberapa minggu selepas pengeluaran St. Anger,baru mereka membuat ujibakat memilih pemain bes baru mereka.Setelah mengujibakat beberapa pemain bes,mereka sebulat suara telah memilih Robert Trujillo dari Suicidal Tendencies dan ia kekal sampai ke album seterusnya,Death Magnetic.
Robert Trujillo diumukan sebagai pemain bes baru Metallica pada 24 February 24 2003


Death Magnetic (2006-kini)

Persembahan live Hammett pada tahun 2007
Pada Disember 2006, Metallica menerbitkan DVD yang mengandungi kesemua video muzik dari tahun 1989 hingga 2004. DVD tersebut bertajuk The Videos 1989–2004, dijual sebanyak 28,000 salinan pada minggu pertama dan memasuki carta Billboard Top Videos pada tangga ketiga.


Gaya dan tema lirik

Sampel lagu:
Terpengaruh dengan kumpulan muzik heavy metal sebelumnya seperti Black SabbathDeep Purple, dan Led Zeppelin dan irama baru kumpulan muzik Heavy Metal British seperti VenomMotörhead, dan Iron Maiden. Diawal penerbitan album Metallica mengandungi tempo yang laju, gitar solo yang diharmoni, dan sembilan minit instrumental. Steve Huey dari Allmusic berkata bahawa Ride the Lighting memaparkan "extended, progressive epics; tight, concise groove-rockers". Huey merasakan Metallica mengembangkan teknik pengkomposisi dan jurang ekspresi untuk membawa pembawaan yang lebih agresif pada penerbitan album seterusnya, dan lirik lagu lebih kepada isu peripada dan sosial. Tema lirik dalam Master of Puppets merangkumi keagamaan, pemimpin askar, kemarahan, kegilaan, raksaan dan dadah.
Pada 1991, dengan penerbit baru Bob Rock, Huey merasakan Metallica meringkaskan dan meluruskan muzik mereka lebih kepada pendekatan komersil untuk menarik pendengar mainstream. Kumpulan muzik ini telah meninggalkan pembawaan lagu yang agresif dan tempo yang laju, seperti yang diperkatakan oleh Robert Palmer dari kumpulan Rolling Stone.

]Warisan dan pengaruh

Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu "big four" kumpulan muzik trash metal seiring dengan SlayerAnthrax, dan Megadeath.[4] Kumpulan muzik ini telah menjual sebanyak 90 juta rekod sedunia, termasuk 57 juta di Amerika Syarikat membuatkan Metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya dari segi komersilnya.
Metallica sebagai pelakon undangan dalam episod "The Mook, the Chef, the Wife and Her HomerThe Simpsons


Anugerah

  • 1996: Artis Pilihan: Heavy Metal/Hard Rock: Metallica – Load
  • 1996: Lagu Hard Rock/Metal Pilihan – "Until It Sleeps"
  • 1997: Billboard Rock and Roll Artist of the Year – Metallica (RIAA Diamond Award)
  • 1999: Catalogue Artist of the Year – Metallica
  • 1999: Catalogue Album of the Year – Metallica
  • 2003: Hall of Fame – Metallica


Ahli kumpulan


Bekas ahli


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com