Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 November 2011

Pecah masuk gedung waktu solat raya...!!!

Kongsi Di Pesbuk
ANGGOTA polis memeriksa pintu kaca sebuah gedung beli-belah barangan elektrik dan perabot yang dipecah masuk di Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU – Ketika umat Islam yang lain menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha pagi kelmarin, tiga lelaki mengambil kesempatan itu melakukan kegiatan jenayah dengan memecah masuk sebuah gedung barangan elektronik dan perabot terbesar di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kumpulan berkenaan telah memecahkan sebelah pintu cermin bahagian depan gedung tersebut yang ditutup operasinya sempena Aidiladha dengan menggunakan kapak kecil.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan kehadiran tiga lelaki masuk ke dalam gedung berkenaan.

“Ketika orang Islam yang lain pergi menunai solat raya, mereka pula pergi pecah masuk kedai. Tindakan mereka yang memecahkan cermin pintu depan itu menggunakan kapak sehingga kaca pecah berderai memang berbahaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Idris berkata, pihak polis juga berdepan kesulitan untuk mengenal pasti suspek kerana tidak mendapat kerjasama daripada seorang saksi.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com