Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 22 November 2011

Eira bunting pelamin?

Kongsi Di Pesbuk
eira
Biarpun sudah melangsungkan perkahwinan September lalu, baru kini pasangan bahagia Eira Syazira dan Azad Jazmin berpeluang mengadakan majlis resepsinya.

Majlis yang diadakan Jumaat lalu, di Dewan Kampo, Youth International Centre itu berkonsepkan Melayu-Inggeris Klasik sangat menarik kerana memberikan sentuhan Inggeris, namun masih menerapkan istiadat perkahwinan masyarakat di Kelantan.

Inginkan majlis resepsi seolah-olah fairytale, perancang resepsi itu, Zaha perancang perkahwinan memilih menerapkan konsep heritage iaitu gabungan moden dan klasik disesuaikan dengan busana sentuhan pereka tempatan, Hazwani Othman Hairi Tajuddin menepati cita rasa Eira.

Malah majlis resepsi tersebut berjalan tanpa cacat celanya dan meriah, walaupun hanya dengan kehadiran keluarga dan rakan rapat sahaja.

Namun dalam kemeriahan tersebut, terdengar cakap-cakap orang yang mengatakan Eira kini sudah mengandung. Bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu kerana masih terlalu awal.

Eira yang dihubungi Zass bagaimanapun menafikan perkara itu dan merasakan tidak wajar untuk menyorokkan perkara yang baik.

"Buat masa ini, belum rezeki kami lagi untuk menimang cahaya mata. Eira masih belum mengandung. Jika benar Eira mengandung, untuk apa Eira mahu merahsiakan perkara yang baik.
"Tanda-tanda pun masih belum ada. Jika Eira sudah mengandung, Eira pasti akan berkongsi berita gembira ini pada semua," katanya.

Tidak meletakkan bila mereka akan menimang cahaya mata, Eira berkata, dia akan memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon apabila bergelar ibu bagi memberikan tumpuan kepada keluarganya. Bagaimanapun, dia tidak akan berhenti berlakon kerana itu adalah minatnya.

Eira terkilan

Berkongsi pengalaman selepas bergelar isteri, Eira berkata, dia terkilan kerana selepas majlis pernikahan, Eira terpaksa ke Kuantan, Pahang untuk menjalani penggambaran drama Insya Allah.

“Saya kasihankan Azad kerana selepas majlis akad nikah, saya sudah tinggalkan dia untuk beberapa hari. Selepas itu, saya hanya mempunyai empat hari meluangkan masa dengannya sebelum terbang ke Melbourne untuk meneruskan penggambaran.

“Sangat rasa bersalah dengan dia walaupun Azad hanya mendiamkan diri dan sentiasa menyokong kerjaya saya. Apa pun, saya bersyukur mendapat suami yang sangat memahami seperti Azad.

“Kehidupan bujang dan berkahwin tidak banyak bezanya, tetapi sebagai seorang wanita rasa tanggungjawab akan kita rasa apabila sudah bergelar isteri kerana saya harus menjaga makan minum Azad,” kata Eira yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dingin Lavender untuk slot Zehra di TV3 yang akan ditayangkan Disember depan.

Eira juga sempat berkongsi rahsia mereka menjaga perhubungan suami isteri meskipun sibuk di lokasi.

"Setiap hari, macam mana penat pun kami dengan penggambaran, kami akan pastikan akan dapat duduk berbual dan berkongsi pelbagai cerita," katanya.

Bulan madu di Australia

Menyentuh percutian bulan madu, Eira berkata, mereka akan ke Australia bulan depan.

"Kami bercadang menghabiskan masa bersama di Gold Coast," katanya.

Eira berkata, majlis resepsi sebelah lelaki diadakan 26 hari bulan ini di Pulau Pinang dengan tema Bollywood.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com