Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 22 November 2011

Ayah tertembak anak sendiri...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Ayah tertembak anak sendiri
BUKIT BERUANG – Seorang kanak-kanak dua tahun, maut selepas dipercayai tertembak bapanya sendiri di Kampung Orang Asli Gapam, Jasin, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, bapanya berumur 31 tahun dipercayai tertembak anaknya menggunakan senapang buatan sendiri selepas, berlaku perebutan senjata itu dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Hitam berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada Tok Batin kampung berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dibersihkan, ditutup dengan selimut dan diletakkan di ruang tamu, dipercayai untuk dikebumikan. Kami juga tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri, semalam.

Menurutnya, mangsa parah di perut dan peluru penabur itu turut menembusi belakang badannya.

“Siasatan juga mendapati ada kesan sembilan tembakan peluru penabur pada dinding dapur rumah dan pemeriksaan bahagian luar rumah pula menemui tujuh peluru yang masih boleh digunakan. Selepas disoal siasat pagi semalam, suspek memberitahu senapang yang digunakan itu sudah dibuang di paya berhampiran rumahnya,” katanya.

Polis turut menolak dakwaan suspek mengatakan, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berebut senapang dengannya berdasarkan tahap kekuatan mangsa yang berumur dua tahun. Che Suza berkata, mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

“Ibunya berumur 37 tahun dan adik suspek berumur 25 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam,” katanya.

Sinar Harian yang membuat tinjauan di lokasi kejadian semalam, mendapati rumah suspek tidak berpenghuni, sementara nenek mangsa enggan ditemu bual kerana tiada semasa kejadian berlaku.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com