Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 19 November 2011

Pengawal Keselamatan Di Penjara 10 Tahun...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Pengawal Keselamatan Di Penjara 10 Tahun
SHAH ALAM – Gara-gara bertindak menikam bekas suami kepada jandanya dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting sehingga menyebabkan cedera parah, seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 10 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Slamat Yahya memerintahkan hukuman terhadap Abdul Manaf Mohd. Jan, 41, berkuatkuasa daripada tarikh dia ditangkap pada hari kejadian, 6 November lalu selepas tertuduh mengaku bersalah bagi kesalahan itu.

Abdul Manaf didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Mohd. Rodzi Mat dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau dan gunting di rumah Lot 4041, Lorong Haji Said, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini pada pukul 4 pagi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, bekas isteri tertuduh yang juga pengadu dalam kes itu, Noor Aznim Ahmad Suid yang sedang tidur pada awal pagi hari kejadian tiba-tiba terjaga akibat bunyi bising seperti dinding ditendang seseorang.

Apabila menjenguk ke bilik tersebut, dia ternampak tertuduh yang juga bekas suami pertamanya sedang bergelut dengan bekas suami keduanya iaitu mangsa.

Dalam pergelutan itu, tertuduh yang memegang pisau dan gunting dilihat menikam mangsa sehingga lelaki itu cedera dan berlumuran darah sebelum dia berjaya melarikan diri.

Apabila pengadu menjerit meminta tolong, tertuduh mengugut untuk menikamnya dengan meletakkan pisau ke leher dan mengoyakkan baju wanita itu sehingga bekas isterinya terpaksa merayu agar tidak diapa-apakan demi anak-anak mereka.

sumber : mynewshub

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com