Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Khamis, 24 November 2011

Mayat Bayi Ditemui Dalam Beg Plastik Di Ipoh...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Mayat Bayi Ditemui Dalam Beg Plastik Di Ipoh


IPOH – Mayat bayi yang dibungkus dengan plastik ditemui di tepi jalan berhampiran Pusat Perniagaan Greentown di sini Rabu.
Mayat bayi yang telah busuk dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.

Jantina bayi itu belum dikenalpasti dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi berkenaan telah mati beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata mayat bayi itu di hantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com