Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 19 November 2011

Bapa pesakit kulit kronik rayu bantuan...!!!

Kongsi Di Pesbuk SakitKUALA LUMPUR – Akibat tidak mampu menanggung kos perubatan anak yang menghidap sakit kulit serius, seorang bapa merayu agar mana-mana pihak membantunya meri-ngankan penderitaan yang ditanggung.

Ibrahim Hassan, 45, berkata, anaknya itu menghidap penyakit psoriasis sejak setahun lalu memaksa Mohd Taufiq Asifah, 15, melupakan aktiviti harian bersama remaja seusianya.

Dia lebih selesa berada di dalam rumah kerana mudah mengalami tekanan apabila terkena cuaca panas, terutama pada tengah hari selain cepat berasa letih.

“Sebelah malamnya, anak saya selalunya tidak boleh melelapkan mata kerana mengalami kegatalan dan terpaksa diasingkan dengan adik-adiknya yang lain memandangkan banyak kulitnya menggelupas sehingga muncul bintik-bintik kemerahan.

“Makanannya juga terpaksa dipilih dan berpantang. Dia hanya makan nasi dengan lauk ikan bilis dan tenggiri serta sayur air sahaja kerana alergi kepada makanan lain,” katanya.
Katanya, dengan pendapatan RM350 sebagai buruh kilang di Jerantut, dia tidak boleh membeli ubat tambahan untuk anaknya itu.

“Lagipun wang itu perlu digunakan untuk menyara enam anaknya yang lain. Sebab itu, saya nekad untuk mendapatkan bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu disahkan mengalami sakit berkaitan genetik.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, beliau akan berusaha menguruskan bantuan daripada pihak sepa­tutnya termasuk­lah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bagi membolehkannya membeli ubat dan khidmat doktor pakar kulit dalam masa terdekat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com