Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 8 November 2011

“Ini Rezeki Anak” – Nadiya Nisaa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2011)..!!!

Kongsi Di Pesbuk Berlakon dalam salah sebuah filem yang dicalonkan antara Filem Terbaik dalam Anugerah Skrin 2011,’Cun’ bergandingan dengan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Maya Karin, Ning Baizura dan Faezah Elai bukanlah sesuatu yang mudah, kerana kelibatnya boleh jadi tenggelam dek kehadiran pelakon tersohor. Dicalonkan dalam satu kategori sama iaitu kategori ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ sebaris dengan Ning Baizura dan Faezah Elai menerusi filem yang sama juga turut membuka saingan sengit pastinya bukan juga sesuatu yang mudah.
Namun tuah akhirnya berpihak pada aktres Nadiya Nisaa apabila wataknya sebagai ‘Manis’ dalam filem ‘Cun’ arahan Osman Ali nyata berjaya mencuri hati pihak juri apabila dinobatkan sebagai ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung Jumaat lalu.
Nadiya ketika ditemui sejurus selepas kemenangannya diumumkan mengakui terkejut dan teruja namun menyifatkan kemenangan ini sebagai rezeki anak yang baru sebulan usia, Omar Bin Saiful Razman.
“Memang terkejut sangat! Kemenangan ini memang bukan sesuatu yang diduga apalagi saya memang sudah lama tidak berlakon kerana baru habis pantang. Namun saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki anak,” ujar Nadiya.



Tambah Nadiya, ketika ditawarkan watak ‘Manis’, Nadiya menerima tawaran melakonkan sebagai gadis ‘istimewa’ tanpa berfikir banyak. Bukan over confident, sebaliknya, Nadiya menyifatkan ‘Cun’ sebagai sebuah naskah yang bagus dan dia sedari awal lagi telah berjanji melakonkan sesuatu yang terbaik dan memeberi impak untuk watak ‘Manis’.

Filem ‘Cun’ merupakan filem ketiga lakonan Nadiya, sebelum ini dia turut membintangi filem ‘Dukun’ dan ‘Karaoke’.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com