Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

10 teknologi pelik di jepun...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Vibrating Optical Mouse


Tetikus ini bukan sahaja bertindak sebagai tetikus yang biasa kita gunakan, ia juga mempunyai motor di dalam yang berfungsi untuk melegakan tekanan pengguna. Hebat kan! sambil guna untuk berjoget-joget di pc/laptop, sambil tu dapat legakan stress kita. Cayala beb!

The Sauce Dispensing Chopsticks

Penyepit ini bukan calang-calang penyepit, bak kata orang semuanya dalam satu. Bagi masyarakat jepun, mereka tidak perlulah menggunakan cara lama lagi dengan meletakkan wasabi dan kicap di sebelah. Mereka hanya perlu letakkan apa jua sos yang mereka suka serta wasabi. Selamat aril tak makan guna penyepit, kalau tak dah lama guna penyepit jepun ini.


Cardboard Speakers

Teknologi ini dinamakan Muji (paling dikenali di Jepun denga produk yang ringkas). Kebiasaannya di Malaysia, aril tak jumpa lagi speaker seperti Muji yang boleh dilipat-lipat. Bila ada Muji ini, mudah hendak bawa ke mana sahaja.


 The Head Bath Cap
Mesti anda tertanya mengenai teknologi ini. Nampak macam pelik kan? sebenarnya ia sama sahaja seperti topi, cuma ada lubang kat atas topi ini. Apabila anda memakai dan jirus air di dalam lubang tersebut, ia dapat membantu rambut anda tumbuh lebih cepat  dan dapat rasai kesegaran yang bestttt. Jirusan air yang terperangkap dapat menembusi liang-liang di kulit kepada anda. Kepada budak2 kreatif & inovatif, aril sarankan buat teknologi macam ini k.

Ear Wax Camera/Cleaner

 Secara ringkasnya, ini adalah salah satu alat paling pelik yang dijumpai. Sambil korek tahi telinga anda, sambil tengok tahi telinga yang ada. Best kan? tengok la banyak mana tahi telinga anda. Kalau tengok dah berlonggok-longgok tu agaknya dah setahun tak pernah cuci. Jangan pula mencuba pada sesiapa. Malu nanti beb! tengok diri sendiri sudah.


Nap Alarm

Alat kecil ini sangat bagus digunakan untuk mengesan sekiranya anda terlelap atau tertidur mati. Ia akan mengukur kelajuan pergerakan kepala, sama ada anda mengangguk-angguk dan lain2. Sesuai bagi anda yang memandu, menghadiri kuliah yang membosankan dan juga kerja di pejabat. Teringin aril untuk memilikinya.


Futuristic Japanese Automatic Door 



Best tak video ni? inilah pintu automatik yang digunakan jepun pada masa akan datang. Pintu automatik ini mempunyai sensor infrared yang berfungsi untuk kenal pasti sesuatu seperti orang atau objek. Hasilnya ia akan membentuk seperti orang atau objek yang dikesan masuk.

Japanese Air-Shower System

 


Teknologi ini dapat membersihkan anda daripada sebarang kekotoran (debu). Ia diberi nama pancuran sistem udara. Teknologi ini terletak di 2 m tinggi x 90 cm lebardan menggunakan 12 lubang untuk meniup mana-mana alergen (debunga dandebu) yang terdapat pada badan atau pakaian anda.

MP3 Toilet



 Anda bosan apabila berada di tandas, rasa senyap dan sunyi? jepun telah mencipta teknologi tandas berlagu format mp3(lagu avril lavigne, soad, bunkface,dll) anda dapat bayangkan?. Aril kalau boleh mintak terus buat cinema dalam tandas. Baru masyuk beb!. mp3 ini akan dimainkan apabila sesudah anda duduk di muka jamban.

Robot Hand Controlled by Human Thought






Ini adalah teknologi yang paling canggih bagi aril daripada 10 senarai teknologi terpelik di jepun. Dah habis lihat video ini? anda semua pasti terpegun melihat ciptaan ini. Ia telah dibangunkan oleh ATR iaitu sebuah pusat penyelidikan di jepun. Teknologi satu tangan robot ini menggunakan resonansi magnet untuk mengimbas otak seseorang. Memang canggih beb! hope satu hari nanti Malaysia dapat cipta yang secanggih atau lebih canggih daripada ini. I luv Malaysia ^_^

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com