Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

Aril ajak tingkatkan kualiti password!...!!!

Kongsi Di Pesbuk
Salam sejahtera buat pengunjung sekalian, disini aril ingin berkongsi serba sedikit tips untuk tingkatkan kualiti password anda tidak kira sama ada password di facebook, myspace, nuffnang, blog dan sebagainya. Baru2 ini pengguna internet dikecohkan dengan hackers yang dikenali sebagai Gaysec. Pelbagai laman Malaysia digodam! termasuklah Nuffnang, Cimb, Tv3, gengblogger dan yang terkini Advertlerts. Anda boleh selusuri kisah selanjutnya disini. Gaysec telah bertindak secara profesional untuk membuktikan sekuriti di Malaysia masih berada di tahap yang lemah. Baru-baru ini heboh pula ketua hackers, Lulz security ditangkap di England. Ikuti kisahnya disini.
Justeru, ramai pengguna laman maya merasa khuatir dan risau sekiranya mereka pula menjadi mangsanya. Seterusnya, aril hendak mengajak rakan2 semua supaya berwaspada dan cuba praktikkan dengan tips2 yang aril kongsikan ini. Aril bahagikan kepada 6 perkara asas untuk diketahui. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.
  
Antara tips-tips tingkatkan kualiti password anda adalah seperti berikut:-

1) Jangan menggunakan default password!  aril hendak tekankan disini supaya jangan gunakan password yang pertama kali kita terima. Kemungkinan dikalangan anda yang masih buta IT masih tidak menukar password yang sedia ada. Antara alasan yang biasa diberikan adalah takut lupa, lupa, lupa. Sebagai contoh password tmnet streamyx, password asal adalah "tmnet123". Sesiapa sahaja boleh menggodam masuk streamyx anda sekiranya masih tidak mengambil endah password yang digunakan. Tidak mustahil sekiranya anda adalah mangsa yang seterusnya. Rata-rata pengguna masih tidak tahu akan hal ini.

2) Jangan menulis password!
Elakkan untuk menulis password anda dimana sahaja contohnya di notepad, stickies, handphone, microsoft word, nota  dan sebagainya. Anda mungkin akan digodam! sebagai contoh sekiranya password yang anda letakkan dimana-mana besar kemungkinan akan diketahui oleh rakan2 anda. Bagaimana caranya, sekiranya terbuang user id dan password di dalam recycle bin dan tidak tahu mencarinya, ia boleh dicari kepada mereka yang tahu. Tidak mustahil datangnya dari rakan anda sendiri ataupun hackers! tidak lama kelamaan ia tetap akan diketahui.

3) Wajib gunakan password yang kuat! 
Apakah yang dimaksudkan dengan password yang kuat? Password yang kuat disini bermaksud pelbagai karakter yang digunakan di dalam password sebagai contoh "12345softWaRe67890!@4#$%^&duMmies*()<>?:"{}~/*-+"..anda rasa password ini sudah cukup kuat? aril katakan YA daripada anda gunakan password seperti ini "software1234". Harus diingatkan bahawa sistem memberikan anda panjang password minimal 6 karakter dan maksimum adalah 254 karakter! semakin panjang password anda, semakin kuatlah tahap password anda.


4) Selalu Mengubah Password!
Ramai antara kita pasti mengatakan leceh untuk mengikuti tips ke-4 ini. Begitu juga aril, tapi apakan daya. Kita harus berwaspada dan selalu update password2 yang sedia ada. Sekiranya kerap menukar password anda, semakin sukar mereka hendak menggodam password anda. Semuanya bergantung kepada tuan punya belog, sama ada hendak menukarnya dalam seminggu, sebulan, 2 or 3 bulan dan lain2. Yang pasti, jangan anda terlupa password yang baru anda masukkan.

5) Jangan guna password yang sama pada beberapa akaun!
 Senang sahaja kefahamannya, sebagai contoh akaun Fb anda telah di hack, hacker telah mengetahui user id dan password anda. Sekiranya password yang sama juga anda gunakan untuk akaun blog, yahoo, nuffnang dan sebagainya, lebih mudah keje hacker untuk memasuki akaun anda. Justeru, ia sangat berbahaya untuk kesihatan laman anda. Buat masa ini, alasan lupa untuk mengingat akaun dan password tidak lagi boleh diguna pakai termasuk diri aril sendiri.

6) Jangan gunakan hint password!
 Kebiasaan akan ada di dalam sistem sebagai langkah untuk mengingat semula password yang dimasukkan. Seperti login pc/laptop, anda diminta untuk memasukkan password dan juga hint password.
Jangan difikirkan melalui hint password ini, hacker mampu mendapatkan password anda.Cara yang paling biasa digunakan menggunakan konsep "try & error", lama kelamaan password anda tidak lagi selamat sekiranya pertanyaan berjaya dijawab oleh hacker tersebut.

Selamat mencuba!=)
Blogger Prihatin, .: Mr Aril :.
softwarefordummies[dot]blogspot[dot]com

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com