Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

Ada MATAHARI KEDUA Menjelang Tahun 2012 nanti!!!

Kongsi Di Pesbuk

Tahukah anda bahawa Bumi diramalkan memperolehi matahari kedua menjelang tahun 2012, mungkin kita dapat melihat matahari kedua itu dalam tempoh yang agak lama atau hanya untuk kadar waktu yang singkat sahaja.


Dr Brad Carter, Pensyarah Fizik Senior yang mengajar di University of Southern Queensland, menjelaskan senario bahawa Betelgeuse, salah satu bintang yang paling terang langit , akan kehilangan kesimbangan beratnya, yang menandakan bahawa ia bakal meletup.Bintang ini dikatakan akan kehabisan bahan bakarnya dan berubah menjadi menjadi bintang super-nova (Seperti Matahari) pada bila-bila masa.

Jika Kejadian ini berlaku, kita akan melihat matahari kedua ini sekurangnya selama berminggu-minggu," jelas carter. Mungkin juga tiada waktu malam pada waktu itu dan bumi akan mengalami waktu siang yang berpanjangan.


Senario yang digelar sebagai Star Wars-esque boleh terjadi pada tahun 2012 ini, atau boleh memakan masa yang lebih lama. Ledakan juga boleh menyebabkan penghasilan bintang neutron atau menghasilkan pembentukan lubang hitam yang terletak 1300 tahun cahaya dari Bumi,. Pembentukan Bintang supernova ini juga dikatakan boleh menyebabkan berlaku kejadian hujan neutrino yang akan membajiri permukaan bumi.



Kejadian Hujan neutrino ini tidak akan membawa sebarang kesan negatif bahkan ia sebenarnya akan memberi manfaat kepada Bumi. Menurut Carter "Hujan netrino dipercayai akan meningkatkan pembentukan sumber unsur logam bumi seperti emas, perak - semua elemen logam termasuk uranium ..."ujar Carter


_______sumber___________

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com