Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

RM4 Juta Selepas 4 Hari, Filem “Ombak Rindu” Meletup!...!!!

Kongsi Di Pesbuk


Meletuppp! Filem arahan Osman Ali ini bakal menggegarkan industri perfileman negara sekali lagi selepas filem “KL Gangster” arahan Shamsul Yusof yang mengaut RM11 Juta selepas tamat tempoh wajib tayang.

Bergenrekan romantik dan cinta, filem yang membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Maya Karin ini benar-benar memberikan impak kepada penonton di seluruh Malaysia. Antara komen-komen penonton selepas menonton filem ini,

"I noe its too late, Ombak Rindu was the best… Gerek! Serius, best love story!!! – @MDFIR"

Ada juga yang terkejut dan tidak berpuas hati kerana jualan tiket telah habis.

"Gila laaa, ombak rindu full for a week?! Ni tak puas hati ni. Bak sini ticket, aku nak tgk. Eh pecahkan machine ticket tu kang. Nak tgk!! – @curlyhearts"

Seperti yang kita sedia maklum, kutipan hari pertama filem ini turut mencecah RM750,000 dan hari kedua pula melebih RM1 Juta. Ini adalah satu peningkatan yang memberangsangkan dalam industri perfileman negara. Jika sebelum ini kutipan meletup untuk filem “KL Gangster” yang bergenrekan aksi dan gangster, filem “Ombak Rindu” yang bertemakan romantik dan cinta bakal mencantas rekod Syamsul Yusof jika trend ini berterusan.

Penerbit “Ombak Rindu” yang juga bekas penerbit filem “Lagenda Budak Setan” ketika ditemui wartawan Utusan memberitahu,

“Melalui Ombak Rindu, saya yakin kegemilangan filem Melayu bertemakan cinta akan kembali menjadi kegilaan penonton. “Diharap tarikan filem ini mampu bertahan melebihi tempoh minggu wajib tayang iaitu selama dua minggu.”

Kepada anda yang masih belum menonton filem ini, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan tiket di pawagam sekarang!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com