Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Jumaat, 21 Februari 2014

Empat Pemuda Dirantai macam haiwan

Kongsi Di Pesbuk Dirantai macam  haiwan

Sungai Petani: Empat warga Myanmar etnik Rohingya dilayan seperti hamba abdi apabila bukan saja tidak diberi makan selama tiga hari, malah dirantai umpama binatang sejak tiba di negara ini kira-kira sembilan hari lalu.

Mereka yang berusia 30-an dikurung di sebuah rumah buruk di belakang sebuah hotel di Jalan Pasar, di sini, oleh satu sindiket yang didalangi rakan senegara untuk mendapatkan tebusan daripada keluarga mangsa.


Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu kediaman berkenaan dan menemui semua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan mereka dirantai.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Foto

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat salah seorang daripada empat lelaki warga Myanmar yang ditahan di bandar itu kira-kira jam 6 petang.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com