Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 5 Februari 2014

Rambut Macam Hantu, Perangai Macam Setan…Culik, Rogol, Seks Luar Tabii!

Kongsi Di Pesbuk

MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.

Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana menculik dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada jam 2.30 dan 2.50 petang, hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa di bawah umur itu di lokasi sama, kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Suzana menetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran dan meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com