Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 17 Februari 2014

Pakar Bedah Implan ‘Palsu’ Masukkan Simen Konkrit Di Wajah Pondan

Kongsi Di Pesbuk

MIAMI – Seorang pondan mengalami kesengsaraan hidup selepas pakar bedah plastik palsu telah menggunakan simen konkrit untuk pembedahan implan di bahagian muka dan punggung.

Keadaan yang dialami itu menyebabkan Rajee Narinesingh, 46, terpaksa bersembunyi dan tidak mampu berdepan dengan orang ramai.


Pakar bedah palsu itu, Oneal Ron Morris kini menjalani hukuman penjara selama setahun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Dia juga berdepan tuduhan membunuh seorang lagi mangsa, Shatarka Nuby.

Dalam pada itu, Narinesingh masih berdepan dengan trauma akibat penipuan Morris.

Dia membayar sebanyak $3,000 kepada Morris selama 10 bulan pada 2005, namun malangnya doktor palsu itu menyuntik simen konkrit ke pipi, bibir, payudara dan punggung, hinggakan wajahnya umpama makhluk asing.

“Selepas mendapat suntikan itu, semuanya ok. Namun kemudian mimpi ngeri bermula.

“Sebelah muka saya berasa seperti mendidih dan ia membengkak serta amat sakit sebelum gelembung yang muncul di pipi saya pecah, mengeluarkan cecair berwarna hijau dan kuning yang bercampur dengan darah,’’ katanya.

Dia yang dilahirkan sebagai lelaki berkata, tujuan dia menemui Morris adalah untuk mendapat bentuk wajah seperti wanita.

Disebabkan tidak mempunyai wang untuk menemui pakar pembedahan plastik lain, maka dia tiada pilihan kecuali mendapatkan Morris.

“Dia amat baik dan jujur. Semasa melakukan prosedur itu, dia mula menangis,’’ katanya.
Nasib baik dengan bantuan pakar bedah kosmetik, Dr. John Martin, Narinsingh melalui proses pemulihan dengan menggunakan terapi laser dan dapat mengecutkan ketulan di pipinya.

1 ulasan:

Bella Enveeus berkata...

Adoi. Tak boleh bayangkan kesakitan itu.. Nyilu rasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com