Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Sabtu, 15 Februari 2014

Lagenda bola sepak England Tom Finney meninggal dunia

Kongsi Di Pesbuk Sir Tom Finney

LONDON: Lagenda bola sepak England, Tom Finney meninggal dunia pada usia 91 tahun, demikian menurut bekas kelabnya, Preston North End, hari ini.

“Preston North End dimaklumkan mengenai berita amat sedih bahawa Sir Tom Finney sudah meninggal dunia,” kata kelab divisyen ketiga itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Sir Tom adalah pemain hebat yang pernah bermain untuk Preston North End dan juga pernah bersama saat kegemilangan England," kata kenyataan itu.


Soccer - Sir Tom Finney splash

Finney, seorang pemain sayap, juga bermain dalam beberapa posisi di bahagian tengah tinggal selama-lamanya di bandar kelahirannya di Lancashire, di utara England.

Finney memulakan kariernya di North End pada 1946 dan kekal dengan kelab itu sehingga persaraannya pada 1960.

Beliau menjaringkan 210 gol dalam 473 penampilan untuk skuad Lillywhites itu.
Pencapaiannya bersama skuad England juga memberangsangkan dengan menjaringkan 30 gol untuk 76 cap permainan untuk negaranya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com