Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 19 Februari 2014

Erra Fazira bercerai talak satu

Kongsi Di Pesbuk Foto

Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.


Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.

Foto

Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.


Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.

BgvA1ouCMAAhaPX

Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail.

Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Foto




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com