Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 10 Februari 2014

Menteri Besar Tepuk Dahi 4 Pelajar Perempuan Bersalin Anak Luar Nikah

Kongsi Di Pesbuk menteri besar, pelajar perempuan, mengandung, anak luar nikah, melahirkan anak,

MARANG: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu membuat siasatan menyeluruh dan mengemukakan laporan penuh kepadanya mengenai dakwaan 16 pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Terengganu mengandung anak luar nikah manakala empat lagi dikatakan sudah melahirkan anak.


Sambil menyifatkan kejadian itu serius jika benar, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan melindungi isu itu daripada pengetahuan umum termasuk pelajar terbabit jika melakukan perbuatan berkenaan.

“Saya arahkan JPN membuat siasatan segera dan mengemukakan laporan penuh kepada saya. Kami akan siasat kalau kata ada 16 pelajar yang mengandung kerana nak pastikan maklumat itu betul atau tidak.

“Saya juga mahu tahu siapa pelajar terbabit, latar belakang mereka dan sekolah mana terbabit serta dapatkan laporan daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan,” katanya selepas majlis penyerahan e-Book dan bantuan pakaian sekolah bagi Sekolah-Sekolah Rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar semalam mengenai 16 pelajar perempuan berkenaan sebuah sekolah di Kuala Terengganu dikesan mengandung manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Akibat malu, pihak terbabit menyembunyikan kelahiran itu, tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah itu, baru-baru ini.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com