Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Isnin, 24 Februari 2014

Oh! Media Bakal Disaman Kerana Perli Kereta Hello Kitty?

Kongsi Di Pesbuk

Oh! Media boleh dikatakan antara media sosial yang amat berpengaruh di Malaysia apabila Facebook mereka sahaja sudah mencecah lebih 1.7 juta likes.

Justeru apa yang dipos di akaun Facebook tersebut dianggap mempunyai pengaruh yang tinggi dan bakal tersebar dalam masa singkat.


Apabila hujung bulan lalu Oh! Media memuatnaik satu gambar kereta yang dihias sepenuhnya dengan aksesori Hello Kitty, rupa-rupanya ia mendatangkan kemarahan kepada pihak tertentu.

Kereta terbabit sebenarnya menyertai satu pertunjukan kereta bertemakan Hello Kitty namun kapsyen yang disertakan bersama gambar di laman Oh! Media dianggap telahmempersendakan pemilik kereta dan penganjur pertunjukan terbabit.


Susulan itu, Timbalan Presiden Malaysian Autoshow, Noor Azharuddin Mohd Haron, 36, telah membuat satu laporan polis untuk memohon tindakan sewajarnya ke atas pihak Oh! Media.

Mungkin hal ini sebenarnya masih boleh dibawa berbincang namun pengajaran daripadanya adalah; berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di alam siber kerana kita mungkin mengguris hati pihak tertentu tanpa disengajakan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com