Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 15 November 2011

Sarapan terakhir suami sebelum ditembak...!!!

Kongsi Di Pesbuk
SUAMI DITEMBAK
SKUDAI – Seorang isteri tidak menyangka rutin hariannya bersama suami menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, di sini bertukar tragedi apabila suaminya mati ditembak, pagi tadi.
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 60 tahun bersama isterinya sedang menikmati hidangan sarapan pagi sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi tadi dan pihak polis segera ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan dari orang awam.

“Saya difahamkan mangsa berasal dari Nusajaya dan sering ke restoran ini untuk minum pagi bersama isterinya pada setiap hari Isnin.

“Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan satu das tembakan yang mengenai bahagian belakang badannya.
“Suspek dipercayai lelaki dan memakai topi keledar ketika melakukan tembakan,” katanya.

Selain itu, Ruslan berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes dikendali mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, menurut seorang penjual mi yang berada di tempat kejadian, dia terdengar bunyi letupan kuat ketika kejadian namun menyangkanya letupan bunga api yang sering dibakar penduduk sekitar.

“Ketika itu saya sedang memasak dan tidak menghiraukan bunyi letupan yang berlaku kerana saya sangka ia bunyi letupan bunga api.

“Apabila menoleh ke belakang saya dapati salah seorang pelanggan yang duduk pada meja di belakang saya telah rebah dan keadaan mula menjadi kecoh,” katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com