Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Selasa, 15 November 2011

Nadhira memegun dengan gaya separa botak!

Kongsi Di Pesbuk
Saya dan teman saya gemar mengunjungi salun rambut setiap kali rasa tertekan. Gagal peperiksaan? Bergaduh dengan teman lelaki? Atau anda mungkin juga baru sedar sudah kehabisan elaun bulanan kerana terlalu banyak membeli-belah. Biar apapun ‘penyakit’ anda, salun rambut merupakan rawatan terbaik.

Sementara penggaya rambut menggunting rambut anda, anda akan merasa suatu beban terangkat dari kepala anda. Namun begitu, anda juga mungkin rasa sedikit sesalan kerana hilang rambut panjang anda.

Jalan penyelesaian?

Simpan rambut anda tetapi gunting ia juga. Apa maksud saya?

Gaya separa botak

Cassie, Laurie Ann Gibson, Alice Dellal dan Cher Lloyd dilihat sudah menggayakan gaya rambut ini. Malah, penyanyi Malaysia berbakat, Nadhira turut menggayakan gaya rambut ini.

Kali ini, kita berbual dengan penyanyi bersuara lunak, Nadhira, mengenai gaya rambut beliau.

Apa yang membuat anda memilih gaya rambut ini?

Punk Rock & Phil Anselmo dari 'Pantera'.
Bagaimana semasa anda mula menggayakan gaya rambut separa botak ini?
Saya mula menggayakan gaya ini ketika berusia 10 tahun dan ketika saya tinggal di London. Saya ternampak sekumpulan punk bertatu dan bertindik di suatu pesta muzik. Saya masih ingat bapa menyuruh saya agar menjauhi diri dari mereka.



Gambarkan gaya peribadi anda.
Saya miliki berjuta anting-anting hoop. Apapun yang saya pakai, saya pasti padankan bersama anting-anting ini.

Bagaimana anda mulakan kerjaya dalam industri muzik? Bagaimana anda membuat keputusan untuk menjadi seorang penyanyi?

Saya memang sudah menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi, namun tidak di depan khalayak ramai. Saya membuat keputusan untuk mengejar impian saya setelah saya sedar bahawa hidup ini sementara dan begitu rugi jika saya tidak mengambil risiko. Jadi saya berhenti kerja dalam bidang pengiklanan untuk menumpukan perhatian kepada seni saya. Apabila anda miliki impian, anda perlu mencuba dan orang ramai pasti mendengar muzik anda. Tidak lama selepas itu, samada anda suka atau tidak, anda sudah menjadi sebahagian daripada industri muzik.
Apa yang mungkin anda lakukan jika tidak menjadi penyanyi?
Saya tetap diri saya sendiri. Bekerja di bidang pengiklanan dan menyanyi dalam bilik air.
Adakah anda setuju bahawa gaya muzik mempengaruhi pilihan fesyen?

Saya setuju 99% ! Pilihan fesyen anda berubah mengikut mood muzik anda.

Adakah anda rasa Malaysia lebih menerima budaya fesyen dan muzik Hip Hop?

Saya rasa Malaysia lebih menerima banyak perkara. Baik dan buruk, tersembunyi mahupun nyata.
Nyatakan pengaruh muzik anda.
Pengaruh muzik saya dari beraneka sumber, orang, pengalaman hidup, cinta dan kecewa memainkan peranan besar dalam menulis dan mencipta muzik. Saya dengar banyak penyanyi dan mampu menghayati hampir semua jenis muzik. Saya melihat seni dalam semua perkara!
Adakah anda miliki ikon gaya?
Saya tidak pasti. Tidak ada seorang yang gayanya membuat saya obsesi. Saya ambil bahagian dari sana sini. Saya merupakan peminat gaya Ciara namun saya tidak berpakaian seperti beliau.
Apakah nasihat anda untuk mereka yang ingin menjadi penyanyi?
Teruskan menyanyi dan jangan putus asa. Belajar memahami kehendak diri dan secara sedikit cuba capai impian anda. Tiada sesiapa yang akan bekerja untuk anda selain diri anda sendiri.
Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Nadhira dan muzik indah beliau, layari laman web, akaun Twitter dan Facebook beliau.

Laman web: www.NadhiraWorld.com
Twitter: @nadhiramusic
Facebook: facebook.com/nadhiramusic


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com