Saya Sayang Malaysia

Pengikut

Rabu, 14 Disember 2011

Bacaan air 12 sungai di Pahang melebihi paras normal....!!!!

Kongsi Di Pesbuk


KUALA LUMPUR: Kira-kira 12 stesen bacaan paras air sungai di sekitar Pahang mencatatkan bacaan melebihi paras normal namun masih terkawal manakala bacaan di Stesen Sungai Belat di Sri Damai dilaporkan sudah melepasi paras amaran dengan bacaan 4.01 meter berbanding paras normal iaitu 1.5 meter sehingga petang semalam.

Berdasarkan laman web rasmi Portal Banjir menyatakan antara 12 stesen yang melepasi paras normal itu adalah Sungai Jelai di Jeram Bungor (Lipis), Sungai Pahang di Serambi (Pekan), Sungai Tembeling di Kuala Tahan (Jerantut) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku (Maran).

Selain Pahang, tujuh stesen di Perak mencatatkan bacaan melepasi paras normal dengan satu stesen Sungai Ijok di Bekalan Ijok (Selama) sudah melepasi paras bahaya iaitu 33.59 meter berbanding paras bahaya ditetapkan 32 meter saja.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) turut meramalkan hujan sederhana dan lebat di beberapa kawasan sekitar Pahang dijangka berterusan sehingga hari ini.

JMM turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga dijangka melanda beberapa kawasan di daerah Pekan, Kuantan dan Rompin yang mungkin mengakibatkan banjir.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Catatan Yang Ditulis Dalam Blog Ini Adalah Hakmilik http://phantom1-jomlayan.blogspot.com